Hujung tahun ni sangat sinonim dengan musim hujannya, begitu juga dengan musim kenduri kendara. Fuh
Facebook Kak Aby
Semalam saja dua majlis sahabat Diploma dari UITM dungun, rumate; Putri dan classmate; Kak Dila. Barakallahufik pada keduanya serta pasangan. Maaf yana tak dapat jelmakan diri atas sebab sebab yang sudah dinyatakan. Walaupun yana mendoakan dari jauh, suka tengok gambar Put ngan kak Dila.
Facebook Rahimah Fitrah
dan saya bila?
Bila saya minta alamat je, terus tanya nak buat apa , nak post kad eh. hahaha. sabor jelah budak budak ni.
**
dan saya tersenyum, Tahu "persediaan" tu penting, paling penting perasaan tu. Belajar kat Dungun pun dah homesick, tu baru 1jam setengah je dari rumah. Ni kan pulak, Masa depan yang tak tahu, dengan siapa , kat mana kan.
So chill, Janji Allah pasti.
[51:49] dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah .
dah nak masuk minggu kedua cuti sekolah kan sekejap je. Perasaan, rindu pada anak anak saya dah muncul sejak cuti bermula lagi. Sebelum cuti hari tu saya ada buat "hadiah" simple je. Suka tengok bebudak ni happy kan.
Pada asalnya nak buat cupcake sorang satu, cup pun dah beli tapi cakenya tak sempat nak buat sebab minggu last super duper penat. Pastu mak bagi cadangan bagi la "cukelat". Saya senyum, budak budak tu memang hantu cukelat kan. ok, pastu terjah tower Kak Farrah. senyum lagi. dapat lagi idea hehe.
Lepas isyak, saya buat guna kertas A4 putih je, banyak lebih masa fyp hari tu. Untuk nak kasi tak kosong sangat saya tulis la nama budak budak tu kat sampul cukelat tu. Lukis muka sekali. Sebab apa lukis jugak, selain taknak buat dia nampak kosong sangat, sebab lain adalah anak anak cilik suka, kalau saya lukis kat papan putih kelas tu, depa selalu tanya
"cikgu, sape tu?" "cikgu lukis sapa tu?"
dan bila saya lukis kat kertas bagi anak anak cilik, dia tunjuk kat kelas lain habis kena serbu cikgu.
Lukisan tu tak cantik pun tapi depa punya appreciation tu buat saya puas :)
Duk lipat lipat isi cukelat, dengan mata yang nak tutup segan , nak buka malu, siap jugak . Alhamdulillah dan selamat dah agaknya. yang penting depa excited masa dapat tu :)
"Allahumma Shoyyiban Na'fian" Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat
"Apa yang Allah kasi kat kita itu adalah yang terbaik, sebab kalau Allah bagi lebih kat kita mungkin kita akan kufur pada nikmatNya" "Allah tak bagi kita rezeki yang banyak, itu salah satu tanda Allah ni sayang kat kita, bila harta kita banyak, kita banyak tanggungjawab, boleh jadi tanggung jawab tu buat kita lalai pada suruhan Allah" "Kita akan bersama dengan apa yang kita cintai ketika sakaratulmaut, kalau kita terlalu sayang kan harta, yang akan menemani kita ketika sakaratul maut harta..." [2:172] Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.
LAWANGIT, satu perkataan yang dicetuskan oleh sahabat saya
yang juga seorang akak, yang saya hanya berukhuwah dengan nya di FB. Kami punya
minat hampir sama. : )
LAWANGIT, bermaksud Laut, Awan ,dan langit. Yes saya sangat
adore dengan ciptaan Allah yang tiga ni. Cantik sangat. Kat ig tu gamaknya
orang dah puas tengok sikit sikit langit , sikit sikit awan, macam orang lain
tak tengok. Maaf la saya sangat minat suka saying.Tapi apa yang penting lihat
ciptaanNya terasa kebesaranNya kan.Mana lah tahu bila mana orang tengok gambar
yang kita ambil tu terpacul dari mulut ni perkataan “Subahanallah”. Tak ke
boleh juga pahala untuk kita.
Satu je nak cakap, LAWANGIT ini lebih cantik bila dipandangn
dengan mata kita sendiri, kalau dalam gambar cantik luar lagi cantik dengan
syarat gambar tu tak diedit.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Rabb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka".
[3:190-191]
“Awak, ketahuilah kita sedang memandang langit yang sama,
angin yang sama membawa rasa rindu”
Alhamdulillah cuti sekolah dah mula, so agak agak boleh la beri masa pada diri untuk bercintakan. bercinta dengan buku ya. beberapa minggu lepas yana ada share pasal satu buku dua penulisSejenis Hobi. Alhamdulillah dalam dalam baca sebelum tidur khatam jugak, dah abis tu tak reti reti nak baca yang lain. hati kita ni kalau dibiar berdebukan lain jadinya. Dulu kat U boleh la ada bulatan gembira, ada kuliah jumaat, boleh pi tadah telinga sekarang ni nak usahalah sendiri.
BEDTIME STORIES SENTAP1 -SHUKERY AZIZAN
sesuai dengan peel yana yang suka baca buku sebelum tidur, buku kat atas recommended! Yana baru baca bab empat. Okey buku ni penulis petik ayat dari setiap juzuk setiap bab dan taddabur untuk kita. Mudah sikit faham. Saya akui kadang main baca je, Cerita disebalik tu tak tahu. RUGI yana RUGI. nangis bawah katil :( . orang lumba lumba nak faham Quran kau?
Juzuk Tiga: Pasal Ujian.
Allah uji , tak beban, tak melangkui batas kita, tapi kita selalu kata aku tak mampu, maknanya? Takdir Allah tu salah,? Atau kita yang selalu beralasan. *Nangis* Bagi yana: Ujian satu cara kita balik pada Allah, satu cara Allah didik kita dengan macam macam ragam kehidupan, hingga satu saat kita terbiasa, dan bersyukur tika diuji.
Minggu lepas is a very hectic
week. Yelah, minggu last sekolah. Minggu lepas, memang sibuk, balik sekolah pun
lambat, penat tapi bila nampak something atas meja terus senyum,
hilang penat.
Terima kasih buat cikgu etuza, Sis Farrah. Kiriman dari
sahabat blogger, bukan saya saja happy one whole family suka kiriman kedua dua
anda. Sangat menghargainya, moga Allah murahkan rezeki kalian. Juga sahabat
yang lain.
Kak Farrah , nanti yana seru kerajinan yana masak eh, yana akan cuba apa yang ada dalam buku tu
Cikgu Etuza, Biskut tu satu family makan hehe
Alhamdulillah syukur atas segala nikmat rezeki yang Allah berikan. Tersenyum melihat perancangan yang Esa. Dah lama tak cerita pasal career saya kan,alah cikgu budak budak tu. hehehe. Banyak benda jadi, banyak benda baru saya belajar, nak arrange emosi time handle bebudak ni. Tapi senyum, saya sayang kerja saya. saya sayang anak anak saya.
Okey, nak dijadikan cerita, saya pergi kenduri sabtu lepas, masa kat kenduri tu, mata tertangkap satu sosok tubuh the automatik mula sebut "iqbal" hehehe. One of my little student. Mula mula iqbal ni tak perasan dia punya cikgu tercongok je, Pastu abang dia pun pegang muka dia suruh tengok cikgu hiks. Malu malu pulok si Iqbal ni.
Next , ketempat kenduri yang kedua, masa nak lintas jalan nak ke rumah pengantin, saya terdengar "adik! adik! tu tu cikgu adik tu, cikgu adik tu" hehehe, amboi sekali lagi.Ni orang lain pulak. Senyum simpul, je. Even budak yang bukan saya ajar pun kenal, budak kampung lain sekolah lain maksudnya. Saya tak pernah sangka pun saya pi situ pi sini orang panggil cenggitu, actually bila mengajar budak ni , dia rasa macam diappriciate sikit. Tak tahu nak explain macam mana.
Cita-cita zaman budak jadi real , Perancangan Allah. Mungkin akan terus jadi cikgu. Mungkin terus disini atau ditempat lain, Just follow the flow.
****
Alhamdulillah dah selesai majlis
akhir tahun, semalam. Allah permudahkan segalanya, penat memang penat main
dengan budak budak yang hyper lagi penat . Tapi seronok. Cuti sekolah dah
bermula. Cikgu Nampak excited kan dari bebudak tu. Hehe. Tapi satu je kelemahan
cuti lelama ni jadi rindu , baru sampai rumah dah rindu keriuhan bebudak tu.
Tak suka rasa macam ni .
Setiap pertemuan pasti ada
perpisahan dan perpisahan tu pasti
menyakitkan. Ya, kalau nak diikutkan saya start mengajar pun berpa bulan je,
tapi bila kita dah biasa dah rapat dengat bebudak tu no wonderlah kan kita akan
rindu. Dengan orang tua pun rindu , ini pulak dengan bebudak yang menguji iman
kita. Tahun depan ada yang dah tak ada. Lumrah, cikgu tak nak la emo sangat
kan.
TAK SUKA PERPISAHAN,
Tapi kerana perpisahan tu lah ada
nya pertemuaan lain, aturan Allah cantikkan. Senyum cikgu dan doakan anak anak
cilik berjaya dunia akhirat :)
Genap dah seminggu tak berupdate blog ni, Mungkin ke saya akan tinggalkan blog ni macam zaman study dulu. Mungkin Ya , mungkin tidak. Sebenarnya saja nak share pasal saya sikit. Dulu blog ni saya tulis untuk diri saya, share apa yang saya lalui, then kawan kawan saya baca depa semangat sikit, padahal saya menulis ni tak lebih untuk tatapan saya kala saya futur balik nanti. Tapi bab bab sentuh hati orang ni kan kerja Allah.
Nak dijadikan cerita la kan, beberapa hari lepas saya bw blogKak Farrah , pastu saya pun scroll la baca komen dan mata saya terhenti pada satu komenSis Jari Manis. Tergelak situ jugak sebenarnya.
Actually, kalau yang kenal saya, personaliti tu ada dua, saya budak budak, dan saya sebagai belia, hehe. Bila dengan kawan kawan, memang saya jadi macam budak, Sampai adik adik diploma sangka kami ni diploma hehe . Yang kedua, belia aka mak mak sikit. Bila saya dengan adik adik saya sendiri. Yelah adik beradik ramai, so jadi hakak hakak lah kita.
Bukan garang tapi sayang,
Bukan keras tapi tegas.
nota ckk: saya awal 20-an,lahir 90-an. hehe
"Setiap caption mahupun tulisan itu semua tentang perjalanan kehidupan saya, dan saya terus menulis untuk diri saya , ya untuk saya baca saat saya kembali futur"
Nak meratap dan meminta lagi pada manusia pastinya tidak.
Kerana Yang Maha Kaya sentiasa ada memberi apa yang manusia
tak mampu beri.
Kenapa nak hukum kehidupan kita
hanya kerana seorang manusia.
Sedih dan kecewa hadapi dengan tenang
kerana ia satu cinta dan ujian Allah yang barangkali
akan bawa kau kembali pada tuhan kau.
No worries ok.
Apa yang hilang pada kau
Allah ganti yang jauh lebih baik.
Ok dah. Senyum ok.
3Nov13
Dua tahun lalu Allah mengajar,
apa itu makna cinta sebenar apa aku.
nota ckk: rindu sangat nak menulisa dari hati, tentang perjalanan hati dibumi ilahi ini.kerana saat menulis tentangnya ibarat aku menulis tentang betapa nikmatnya berada dalam "UJIANMU" ya Allah.
Hari ni nak share sejenis hobi jugak, semalam pasal buku & baca. Hari ini pasal satu lagi hobi iaitu masak dan makan. Tengok anak anak beli dan makan tadi cikgu pun terliur lalau teringat aiskrim yang dibuat belum dijenguk hasilnya. Kalau membaca saya biasa buat time nak tidur, masak saya buat hari sabtu. Yelah jumaat sabtu je free kan. Jumaat masa untuk berehat je.
Sebenarnya projek ni saya cadang nak buat hari sabtu hari tu. Tapi dibatalkan sebab ada Projek Bubur Asyura. Tapi oleh kerana semangat nak buat saya buat lepas balik dari sekolah petang ahad. Untuk Fanatik Ais krim macam saya ni memang digalakkan buat sendiri sebab jimat, bahan pun yang memang ada kat rumah.
ni resepinya.
1 tin susu pekat [guna 3/4, kalau tak mau manis]
2 tin air masak [sukat guna tin susu]
1 sudu besar ovelate
1sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila
1. Kacau susu pekat ,air dan tepung jagung, masak hingga tepung masak.
2. Lepas tepung masak, sejukkan.
3. Lepas bahan tadi BETUL_BETUL SEJUK, baru masukkan ovelate dan esen.
4. Pukul pakai mixer sampai gebus dan ringan. [guna kelajuan maksima hihi]
5.Masuk peti sejuk. Esok .Lusa boleh makan. [bergantung pada suhu peti sejuk anda]
**nota ckk: Boleh asingkan kepada beberapa bahagian kalau nak letak perisa lain
** saya dapat dua bekas je, hasilnya mungkin bergantung time mixer sampai gebus tu.
Malam ni, nak share sebuah buku diantara buku buku yang saya baca. Sebenarnya buku ni saya tak habis baca lagi, dah habis satu part dah, tinggal satu part lagi. InsyaAllah sedang gigih. Masa membaca saya adalah biasanya sebelum lelap mata, kenkadang tidur dengan buku :P
Selain masak, baking , makan , makan dan makan saya sangat fanatic dengan buku. Pantang pergi kedai buku , mesti grab satu. Tapi sejak akhir akhir ni tak beli dah. Sebab nak habiskan dulu beberapa biji yang masih tersadai didalam bilik tu. Perasaan masuk kedai buku dan just tengok tengok je. Hmmm. sabar.
Nilah buku nya, 2 penulis bernama Asyraf. Part Hilal Asyraf dah selesai , Imam muda baru chapter satu. Salah satu input dari buku ni saya telah kongsi diblog ni .SINI [Kisah Imam Ahmad dan Pencuri]. Sebenarnya buku buku ni sangat memotivasikan serta menyedarkan bahawa peluang dan runag untuk kembali pada Allah itu sentiasa ada. Macam macam cara. Membaca ni tak rugi ilmu dapat , dapat kongsi dengan yang lain. InsyaAllah.
p/s : kalau minat nak beli buku buku ilmiah , boleh ke ig adik saya @bybidadari_zulkifli