Bismillahirahmanirahim.
Nukilan ini aku abadikan disini , buat tatapan saat diuji lagi.
Kehadapan diriku,
Terima kasih kerana masih bertahan hingga kesaat
walau bermacam ujian melandamu.
Terima kasih kerana tidak jemu memberi peluang
walau berkali kali menghadap salah yang sama.
Terima kasih kerana memilih untuk terus berjuang
walau sempat berputus asa sekali dua.
Sesungguh terlalu banyak untuk dikisahkan,
Terlalu banyak untuk dicurahkan,
Namun cukup sekadar kau tahu diriku,
Aku akan tetap berjuang walaupun aku penat.
Terima kasih untuk yang pernah hadir,
Terima kasih untuk yang masih setia,
Terima kasih juga untuk yang memilih untuk pergi.
Sesungguh aku terima,
Ini suratannya,
Aku terima ini jalannya.
Terima kasih duhai masalah lalu,
Alhamdulillah Allah izinkan pertemuan aku dengan masa lalu.
Banyak aku belajar,
Tiada satu pun yang sia sia.
Terima kasih , terima kasih dan terima kasih.
Izinkan untuk kali aku yang melangkah pergi.
Dearself terima kasih untuk peluang dan kemaafan ini.
Saya sayang awak wahai diriku .
******
Disember bakal melabuhkan tirainya beberapa jam lagi,
Sungguh aku sudah rindu meski pun ia belum berlalu.
Terima kasih Tuhan kerana izinkan pertemuan aku dengan disember sekali lagi.
Moga bertambah amal seiring usia.
Happy belated birthday self! :)