Bismillahirahmanirahim,
Allahuma Soli' Ala Muhammad.
Last entry untuk tahun 2015, mungkin? First of all, syukur alhamdulillah , Allah kasi peluang hidup hingga ke hujung tahun 2015 ni. Bersyukur atas nikmat Allah yang luas. Alhamdulillah atas semuanya. Dua ribu lima belas, tahun kebangkitan , mungkin. Alhamdulillah kekuatan kesabaran ketabahan Allah kasi dapat lah LIYANA berjalan dibumi Allah ni.
Duaribulimabelas,
Alhamdulillah selesai dah degree,cuma tak konvo jelagi. Sepanjang degreelife, macam macam Allah uji, dan saya bersyukur walaupun air mata selalu jatuh. Semua tu agenda Allah dalam membentuk diri ni.
Duaribulimabelas,
Alhamdulillah Allah kasi peluang jadi pendidik buat anak anak kecil, walaupun kadang rasa tak layak sebab diri ni pon tak betul, InsyaAllah moga Allah beri kekuatan, moga Allah sucikan jiwa untk jadi lebih baik.
Duaribulimabelas,
terima kasih buat sahabat yang selalu ada mentarbiah hati yang selalu futur, yang selalu berkongsi bahu dan yang selalu mendengar dan bertahan dengan peel eperangai saya ni. Allah je mampu balas kasih sayang awak semua tu.
Duaribulimabelas,
Tahun yang saya rasa sangat aktif berblog sepanjang hampir lima tahun saya berblogging. Terima kasih sebab sudi singgah, sudi menengur . Moga ada yang bermanfaat yang kalian perolehi dan maafkan segala kekurangan saya dalam bidang blog ni. Moga Allah balas kasihsayang korang juga.
Duaribulimabelas,
Saya bersyukur, dalam hidup ni ada jatuh dan bangun. Bahagia mahupun musibah yang datang itulah ujian. Ujian untuk tengok saya dan kalian ni layak tak untuk syurga Allah yang Maha Hebat . Bahagia mahupun musibah itu juga ujian nak tengok kita ini akan ingat Allah tak.
Duaribulimabelas,
saya selalu terbaca komen atau post yang kata TKK, ni yang halus yang lembut, lemah lembut orangnya, moga moga itu tebaran doa kalian buat yana. terima kasih.
Alhamdulillah,
terima kasih ya Allah atas kurnian Disember
yang jauh lebih baik pada tahun ini,
Disember, serius akan rindu, panjang umur kita jumpa lagi tahun depan.
Hamba Allah yang selalu lemah,
NurliyanaZulkifli,
CahayaKehalusanKelembutan,
TheKehalusanKelembutan.