siapa sangka , saya akan kembali, kembali melakar askara disini, segalanya dengan izin ilahi, segalanya dengan kekuatan dariNya.
[18:39] tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
akar.
akar tu kuat. dan saya ingin seperti akar. tapi akar tanpa air, tanpa tanah yang subur, akar akan tumbang. ia itulah saya.selama ni saya berjuang untuk secebis kekuatan , Alhamdulillah Allah bagi pinjam kekuatan itu.
kenapa nak kuat?
saya kuat kerana ada yang memerlukan kekuatan dari saya, barang kali saya jadi perantara untuk Allah salurkan kekuatan pada mereka mereka kesayanganku.
Ya, betul
saya kuat kerana Allah,
saya kuat kerana Keluarga
saya kuat kerana Sahabat
saya kuat kerana saya sendiri.
ketahuilah, tanpa ujian tak dietahui Allah itu sayang,
tanpa ujian tak diketahui hidup kita terbatas
tanpa ujian, kita tak bergantung sepenuhnya kepada ilahi.
saat saya memeberikan kata semanagat,
saat saya cuba buat kamu tersenyum kembali,
saat saya meminjamkan bahu dan telinga saya.
sebenarnya saya turut berjuang mempertahankan kekuatan yang amat terbatas ini.
dan bila tiba saat saya tidak lagi mampu bertahan lalu terjatuh,
terima kasih kerana selalu ada untuk saya, sokong saya, tenangkan saya dan doakan saya.
sumber blog fyy
[2:45] minta lah pertolongan kepada Allah dengan solat dan sabar.
[2:285] Allah tidak membebani hambanya melebihi batas kemampuan hambaNya.
Diam,
bukan marah,
cuma berharap
ia tidak menjadi lebih teruk,
Tapi,
bila diam itu sendri
disalah tafsir?
sungguh hanya Allah yang tahu,
tak marah,
cuma respect,
bagi peluang,
*****
Mungkin bila kita ni dah tak ada ,
baru Allah buka mata dia untuk kenal kita ni macam mana,
saat tu tak perlu menyesal,
sebab kita sayang dia
kita dah maafkan kita,
Kita tahu yang andai Allah tak izinkan
seseorang tu untuk faham seseorang yang lain,
orang tu takkan faham.
Mungkin Allah sengaja buat manusia tak faham kita,
agar nanti kita berbalik padaNya,
kerana Allah satu-satunya yang maha mengerti :')
***
You will never know me,
length of years of friendship,
doesn't mean you understand me,
you know how me.
stop judging,
it hurt,
deep hurt.
even I am keep silent,
when alone,
I am crying ,
but I know
HE see me,
HE be with me.
-270414- 3 years already. Moga bermanfaat. Moga Allah redha^^
pagi tu mendapat khabar tentang MH370, sayu hati terasa ujianMu ni terlalu dekat dengan hati, lantas ku panjat doa, moga kejadian yang menimpa ini menyedarkan umat, menyedarkan saya sendiri. pagi itu jua, mata ni tertumpu pada akhbar, mesir, zalimnya mereka terhadap mu,dihukum, namun saya percaya tiada yang sia-sia dalam aturan Allah ni. percayalah.
****
beberapa orang sahabat tegur,
yana okey?
tak sehat ko?
kau kenapa pucat je?
aku dah kenapa?
tak tahu nak jawab la,
saat saya sendiri tak de jawapan pada soalan anda tu,
kawan ada cakap,
Yana , mg jangan fikir bukan-bukan,
cuaca ni, penat lagi. takde nape2 eh!
Apakah wajah saya mengambarkan tahap kesihatan saya,
senyum saya tak cukup eh nak cover.
sungguh kematian itu bisa hadir
bilapun dia mahu,
namun aku cukup takut,
andai ungkapan syahadah tak mampu dilafaz
andai ucapan maaf tak mampu diungkap,
andai bekalan tak mampu menampung.
Alhamdulillah , Allah bagi peluang untuk kita sambung perjuangan ini sahabat. Masa saya tulis ni, saya memang terdetik untuk hadiahkan awak kata-kata ni,
ia bukan emas pertama , cuma sandaran kata dari insan bernama sahabat.
Assalamualaikum , cik kota baharu,
saya tahu, cik Kb berat hati sangat, sedih, yelah nak tinggal family kan, Cik Arau pun lalui benda yang sama, mula-mula macam tak rasa papepun, semakin dekat semakin rasa sayu, normalkan benda tu,
Cik KB, sekarang awak ditimur saya di utara,
Tapi awak kena ingat ada jambatan yang sentiasa menghubungkan kita,
doa. awak doakn kita, kita doakan awak.
Cik Arau ni tak kuat pun,
Tapi Cik Arau nak Cik KB kuat,
Moga kita saling menguatkan,
saya nak kuat kerana Allah untuk salurkan kekuatan yang sama untuk awak Cik KB,
so saya nak Cik KB kuat kerana Allah untuk salurkan kekuatan yang sama untuk Cik Arau okey.
saya ingat lagi awak cakap ada Allah antara kita,
so Cik KB jangan takut okey.
Cik KB, saya tak janji KB itu macam dungun,
macam kampung Gong Tok Nasek,
Tapi apa yang pasti,
Allah takkan campak kita kat sesutu tempat,
melainkan DIA nak hadiahkan sesuatu.
sesuatu itu "Kekuatan" "ketabahan" "berdikari"
Senyum eh, saya lambai dari jauh.
Kat mana pun kita ingat Allah ada.
Bila ujian datang , didik hati untuk bersangka baik dengan DIA eh.
Cik KB aka Raja Noraimah, Cik Arau aka Nurliyana,
doakan moga Allah limpahkan kekuatan dan keredhaanNya atas laluan yang DIA pilih untuk kita ^^