Assalamualaikum..
Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah, sekali lagi dengan izinNya, saya menulis lagi
dekat sini. Tinggal lagi beberapa hari saja lagi, 2017 bakal menjelma. Okey
tahu dah ayat klise. Okey kembali kepada point sebenar, kalau readers perasan
awal 2016 hari tu, saya ada update pasal bagaimana rindunya saya nak kembali
bekerja selepas bercuti dan lepas tu saya privatekan post tu. Ini nak cerita
apa sebenarnya jadi. Anggap lah post ni sebagai konklusi untuk tahun ni.
Maha Suci Allah, bila
saya pergi kerja hari mula mula sekolah tu saya dapat tahu yang khidmat saya
tidak lagi diperlukan. Perasaan? Tak tahulah. Okey sebenarnya saya tak tahu
keadaan saya ni nak dikategorikan dibuang tidak berhenti pun tidak, jadi kita
buat kesimpulan tiada rezeki saya disana.
Disebalik duka tu, Allah permudahkan urusan saya yang lain.
Saya sedih, saya cuba pujuk hati, takpe rezeki Allah luas, Allah nak uji dan
mungkin juga Allah nak jauhkan kita dari sesuatulah kan. Alhamdulillah
saya dapat move on dari situasi tu
walaupun saya tak bekerja lagi masa tu.
--Januari 2016,
--Antara urusan yang Allah permudahkan ialah urusan lesen.
Ini pun satu cerita yang terpedam lama, nak cerita tapi bila rajin tu melebihi
segalanya inilah jadinya. Sebenarnya saya ambil lesen hujung tahun 2015,
Jadinya saya pun JPJ test tu, Januari 2016. Haaa. Nak boleh dapat lesen tu
menangis tau tak. Tapi semangat ayah mak dan sahabat selalu berjaya pujuk saya
untuk teruskan. Lepas 3 kali baru lepas tau dak. Tapi bila fikir balik manis tu
ada. Dalam proses nak dapat sekeping lesen tu, Allah banyak ajar saya SABAR dan
POSITIF. Tambahan masa test tu Terengganu hujan lebat .
--Februari 2016,
--Nak kata Allah sayangnya pada saya dan keluarga, kami
sekeluarga diuji lagi. Satu malam, kami pergi hantar adik saya yang belajar ke
Universiti yang letaknya 30 minit dari rumah gitulah. Dan malam tu Nampak
biasa, hujan. Perjalanan balik tu hujan lebat balik, takdir Allah wiper kereta
tak berfungsi. Jawabnya tak Nampak apalahkan. Ayah berhenti kat tepi jalan.
Bila reda sikit Ayah bawak slow slow. Dah Allah kata jadi jadi juga. Kami
accident malam tu. Sedih tu lebih lah. Nak nangis pulak tulis . apapun
Alhamdulillah kami tak cedera teruk pun. Cuma sakit sikit gitulah. Kesian tengok ayah masa tu, of couse nak
baiki kereta, nak cover kereta orang lagi.
Kat sini saya belajar tabah sabar.
--Mac, April, Mei 2016 : Okey masa ni duk ulang alik perlis
urus pasal konvo. Ada kisahnya jugakkan.
Dan masih tidak bekerja.
--Jun 2016,
--Masa ni nak masuk bulan puasa kan, seminggu sebelum tu saya
balik kampung, masa kat kampung seorang makcik ni tanya nak kerja tak kerja
biasa saja. Dekat dengan rumah. Lepas fikir konon konon, saya terima.
Alhamdulillah rezeki ramadhan dan berkat percaya dan bersangka baik dengan
Allah. Selang seminggu, Sepupu saya offer kerja kat Sekolah dia. Fikir lagi.
Alhamdulillah semuanya dipermudah saya pun kerja lah dekat sekolah yang sepupu
saya kerja sampai sekarang. Gaji tak delah besar dan idaman setiap fresh grad,
tapi saya selalu ambil ibrah disetiap tempat yang Allah letakkan saya. Gaji tak
besar, tapi rezeki tak pernah putus. Ada je hadiah dari Allah. Alhamdulillah.
Saya selalu percaya dimana pun kita , kalau kita ni SANGKA BAIK dengan Allah,
Allah lagi akan baik dengan kita percayalah.
Saya selalu bisik ,tak kisahlah kerja apapun janji halal, boleh kasi makayah , boleh
belanja adik adik, boleh simpan sikit okeylah tu kan. Yang penting syukur.
Kemana saya hilang, lama dari blog. Kejap ada kejap hilang,
saya tak tahu apa saya buat sampai nak buka blog tak sempat, bila lama tak buka
jadi biasa pulak tak mengadap. Balik kerja, penat tak penat kalau pergi surau
tu masa ustaz bagi kuliah tertidur la jugak, hehehe. Sebelum tidur pegang buku
nak baca konon , baca satu muka tidur dengan buku-buku.
Bulan ni saya cuti tapi still selang seli cuti dan kerja. Bulan ni banyak
main kat dapur, duk buat ujikaji resepi yang dikongsi kat facebook tu.
Berlambak masa je tak ada nak buat. InsyaAllah. Maaf okey. Itu serba sedikit dari saya untuk tahun 2016,
tahun depan tak tahu apalagi perancangan Allah buat saya dan keluarga, doa yang
baik baik okey. Disember pun dah nak balik, akan rindu tahun depan panjang umur
insyaAllah jumpa lagi tau cik disember.