Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.
akhirnya tergerak hati nak sambung review buku, masih ada beberapa buku yang tak sempat direview. Alahai. Pelukis Jalanan ni saya dah baca sekali setengah. Kenapa setengah sebab sahabat saya pinjam lepas tu adik saya bawa ke universiti dia. Sebenarnya buku ni saya baca dari tahun lepas, draft ni pun tahun lepas, hikhikhik.
Alhamdulillah buku penuh inspirasi, macam mana seorang anak muda yang berusaha nak sambung study kat oversea tanpa biasiswa, bukan dari kalangan orang yang kaya, tapi ilitizamnya dan kenekadan dia tu buat saya kagum. Segala pujian hanya kepadaNya, bagi saya yang study dalam negara ni pun bila mak ayah hilang dari pandangan rasa lost sekejap, Yelah jauh dari family tempat baru.
Teme ni, dia susah macam mana pun dia tak susahkan orang lain, especially Ahamd. nak tahu ahmad tu siapa kena bacalah. Tapi satu saja Allah bagi dia satu kelebihan pada Teme untuk tolong dia kat sana. Teme gunakan kelebihan nya itu untuk dapatkan wang support sikit sikit study dia. Pernah terbayang tak, duk kat oversea duit zero dalam bank? Tak terbayanglah. Dia tak pernah give up.
Part paling geram,
Bila hasil kerja Teme ni disabotaj. Kena repeat kot kalau bersalah. Tapi Tuhan itu ada dimana mana.
Part paling sedih,
Ayam Goreng, kat situ ia mengajar kita sesusah mana pun kita ada yang lagi susah dari kita dan dalam situasi tu pun macam mana kita ni nak bersyukur. Nangis.
Satu lagi part rumah sewa. Fuh.
credit FB TEME |
Apapun, tahniah Teme Abdulllah, dah grad dah kerja. Alhamdulillah.
dan tak rugi pun baca, nak nak hadek hadek yang tengah struggle study !