Bismillahirahmanirahim
Allahuma Soli Ala Muhammad.
Menulis aka menaip.
Sebenarnya saya terbaca entry SOFIE pasal tujuan kita menulis, ya pernah tanya tak diri sendiri kenapa anda semua ni menulis . Tak kiralah menulis blog, buku, novel or cerpen. Kalau kembali menyingkap semula pertama kali saya terjebak dengan dunia blog ni, sekadar suka suka nak mencuba. Konon remaja semua benda nak cubakan.
Lama-lama terbiasa menaip menulis blog, jadi macam ya saya selesa berkongsi dengan cara ni. Kalau anda semua ni dapat tengok lah entri saya dalam blog lepas, ianya lebih kepada soal diri , soal kehidupan saya. Bila dah lama dalam menulis ni , kita akan nampak berbeza dulu dan sekarang. Ya kita akan nampak revolusi cara penulisan kita.
Masa terbaik menulis adalah masa kita beremosi dan kita mampu kawal emosi kita tu yedak. Itulah masa saya dapat menulis artikel-artikel yang saya hantar ke blog aku islam tu , mostly time saya diuji, lemah rasa sangat bergantung pada DIA. Teringat saya salah satu entri dalam blog lepas, pasal "pembuangan bayi" masa entah kenapalah boleh menaip dengan air mata tak henti turun. Tapi masa masa macam tu kena kawal penggunaan bahasa kita.
Dalam blog sofie ada menulis, penulisan kita itu menggambarkan bagaimana kita, berdasarkan pengalaman , ada beberapa orang adik-adik yang baca blog saya yang lepas cakap , akak ni macam ni macam tu. Dan saya mampu tersenyum je. Baru baru ni, KIMCHAA review blog saya kali kedua, dalam reviewnya dia ada tulis ;
"Untuk yang rasa lemah, beratnya ujian korang, aku galakkan untuk baca blog dia sebabnya kau akan rasa kau memang layak diuji :)"
Bila tengok overview/ keyword blog pon,
Sedarlah saya ni, memang asyik tulis pasal ujian , kalau boleh semua entri nak tulis perkataan ujian tu yedak? Sebenarnya saya dimatangkan dengan ujian, macam macam ujian. Putus asa pun pernah jatuh tergolek pon pernah, cuma saya beruntung sebab Allah pilih saya untuk terus disini.
Saya punya impian, untuk tulis buku tentang baiknya tuhan, ujian itu cinta, ujian itu penawar dosa, dan masih ada cahaya untuk yang berdosa :)
cuma saya lebih suka menulis saat emosi saya "sedih" pelik kan, sebab semuanya dari hati time tu, jugak time niat saya betul betul kerana Allah, payah nak cari time tu, hati manusia kan. InsyaAllah moga moga satu hari nanti .
Ya Baari, Dia sebaik baik perancang :)
28 comments
Semoga impian menjadi penulis buku terlaksana.betul tu, penulisan diawal2 join blog sgt berbeza. Bila kita selalu menulis,penulisan kita semakin matang.
ReplyDeleteAamiin insyaAllah ..
Deleteyana suka sebenarnya baca entry yang awal2 mana mana blog yang yana singgah
lantaran itu tulis dari hati keasannya juga akan terus sampai di hati...
ReplyDeletebetul kak, setiap kali nak start , nak dapat feel tu
DeleteSalam..kadang macam tu juga, menulis bila tengah sedih sebab time tu lah semuanya terkeluar dari hati..hihi..apa-apaa pun teruskan menulis dan semoga impian untuk tulis buka tercapai ya..:)
ReplyDeletewsalam, kan dapat feel macam tu baru la rasa syok nak menulis. Aamin insyaAllah
DeletePenulisan dari hati akan sampai ke hati dan bila nak tulis tentang ujian masa yang terbaik adalah time sedih sebab time tuu mmg jujur tahap gaban.
ReplyDeleteEntry sofie niih banyak membuat org berfikir !
Btw, moga impian akak tercapai utk tulis buku. Nnt dah tulis bgtahu .nak beli ! :D
kan .. entahla akak suka , nak nak baca entry akak hak 2013 tu banyak akak letak kat draft ..
DeleteInsyaAllah kimchaa
teruskan perkongsian yana, lain orang lain niche blognya, kenali potensi penulisan dan dari sana in shaa allah akan ada pengikut setia dan yang penting matlamat kita sampai kepada pembaca.. :)
ReplyDeleteInsyaAllah kak, blog akak best tengok makanan :)
DeleteiNSHAaLLAH AKAN TERJAH YA tkk
ReplyDeleteInsyaAlllah terima kasih mai sini cikgu
DeleteInsyaAllah sampai masa di izin Tuhan impian akan terlaksana, Teruskan perkongsian dan penulisan Yana.
ReplyDeleteInsyaAllah terima kasih kak :)
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeletewaalaikumussalam :)
ReplyDeleteSemoga terus menulis,..terus berkongsi :)
ReplyDeleteAlhamdulillah , moga terus membaca :)
Deletesemoga dipermudahkan. . aamiin
ReplyDeleteAamiin insyaAllah :)
DeleteTKK pelbagaikan pun tak apa ya..janji ceria tak mudaratkan pembaca
ReplyDeleteInsyaAllah cikgu
Deletesyukran yana sebab menjawab soalan saya...terharu rasa..
ReplyDeleteya kadang-kadang masa sedih ilham datang mencurah-curah...berduka pun Tuhan bagi rezeki dari segi ilham dan berfikirkan? adilnya Tuhan..ditarik senyuman untuk diberi akal...alhamdulillah...Tuhan Maha baik kan yana?
teruskan menulis sebab dunia penulisan takkan pernah kenal erti pupus...^_^
Ya Allah sangat baik ! :) InsyaAllah teruskan menulis jugak sofie!
DeleteInspiring! Teruskan menulis lillahi taala. Walaupun kadang2 tersasar niat kita tu, perbaharui kembali. Biasalaa tu hati berbolak-balik. :)
ReplyDeleteinsyaAllah fatihah :D
Deleteehehe.. well bagusla kan awak salurkan semangat untuk orang..
ReplyDeletebiar orang yang baca rasa energy tu.. sometimes bila kita ditimpa ujian and cara kita tangani tu bleh jugak bantu org yang ada dalam situasi yang sama..
chin up !!
entry akak best! hehe.. ujian mmg selalu datang.. tanda Allah sayangkan kita..
ReplyDelete