Bismillahirahmanirahim ,
Allahuma Soli' Ala Muhammad.
Munafikkah Aku ?
Kisahnya terjadi begini ,
Aku pergi ke sebuah kedai yang menjual ,
Pakaian islamik , kerana hendak membeli minyak wangi
Yang berharga 3 ringgit ( memang murah ) dan
Sepasang baju islamik .
Yang ternyata kini semakin ramai yang memakai ,
Dan meninggalkan pakaian yang mempunyai tulisan
Yang mengarut .
Langkah kanan dilangkah ,
Lalu terlihat seorang pak cik tua yang sudah
Berusia hampir setengah abad .
Aku abaikan kelibat pak cik itu dan terus mencari
Barang yang aku mahu beli .
Aku jumpa akhirnya di sudut kedai .
Aku belek satu persatu pakaian disitu .
Aku terbaca tulisan dibaju itu .
" I love Islam " .
Tiba tiba bagaikan suara gema ,
Memekik ditelinga aku dan berkata .
" I Love Islam " konon ,
Solat ko lambat lambatkan , ingat tak masa
Tabligh datang umah ko haritu . Ko halau dia ,
Padahal dia nak ajak ko kearah kebaikan .
Lebih dekati islam . Ko tu dah lah pemalaaz nak
Dengar majlis ilmu . Mengaji tak nak . Suka ambik
Ilmu dari internet . Pernah ko ajak orang bukan
Islam masuk islam , ceritakan keindahan islam .
Pernah ? Apa ko nak cakap depan Allah nanti ,
Kalau depa dakwa dan heret ko sekali masuk ke
Neraka ? .
Allahuakbar , suara siapa tu ?
Aku pandang ke belakang nampak lagi kelibat ,
Pakcik tua tadi . Dalam hati ku berbicara .
" Ya Allah , suara siapa tadi . Kata katanya bagaikan
Menyedarkan aku . "
Lalu dibeleknya lagi .
" I Love Rasul "
Cantik design baju ni , luah aku seorang diri .
" I Love Rasul " ?
Selawat pun malaz , tu ke I Love Rasul ?
Sungguh munafik kau .
Selawat sehari 100 kali pun tak sampai ,
Nak syafaat Baginda . Tapi selawat pun ciput .
Kau buat lawak ke ?
Ya Allah , apa semua ni ..
Aku cuba memahami keadaan yang ini .
Adakah ini semua teguran dari Mu Ya Allah ?
Sungguh aku terkesan dengan kata kata itu .
Aku berlari keluar dari kedai itu dan terus berlari .
Aku tidak tahu mengapa aku bisa mengeluarkan
Air mata , sedangkan bila aku menyebut kata
Kata ampun pada Ilahi , tiada segugus pun
Air mata mengalir . Mungkin disaat itu , hati aku
Sudah terlalu hitam dan hitam . Tapi kini ,
Air mata aku terus berjurai . Lalu
Berlalu pergilah kelibatku dikedai itu .
Aku Rebah Dijalanan Hitam
credit : telegram.me/gulamaniss
cara Allah "menegur" terlalu banyak ,antara sedar atau tidak
36 comments
Deep.TQ sharing Yana. Ingatan dan teguran utk akak yg selalu lupa :(
ReplyDeleteUntuk yana jugak kak, bila time solat duk mengadap segala benda lain teringat post, terus pi solat
DeleteT.T
ReplyDelete-.-
Delete#deep
betul....teguranNya kadang sangat halus...hanya yang celik mata hati saja boleh melihat dan merasa....
ReplyDeletethanks TKK!
betul,
Deletehadza min fadhli rabbi,
utk diri
in shaa allah Yana, hari demi hari kita terus perbaiki diri .
ReplyDeleteinsyaAllah Aamiin
DeleteBetul...byk cara Allah menegur kita...
ReplyDeletecuma kita pilik untuk lihat ia sebagai teguran atau sekadar angin lalu
Deletekenapa rasa pedas sangat ni T.T
ReplyDeletesebab kita ni buat benda tu yedak kak
Delete:(
meremang bulu roma...
ReplyDeletedatang singgah dan follow sini ye
salam kenal dari mummy firash ye
salam kenal mummy :) terima kasih
DeleteSalam akak.. Kite dah buat tuto yang akak request tu..
ReplyDeletehttp://www.bajuwarnacoklat.com/2016/02/tutorial-header-background-header-macam.html
wsalam , akak dah tgk terima kasih rrai :)
Deletedeep... moga kita senantiasa muhasabah diri...
ReplyDeleteinsyaAllah .
DeleteinsyaAllah yana
ReplyDeleteinsyaAllah kak ekin
DeleteTiap kali datang umah Yana.. Mesti berwajah baru... He He He..
ReplyDeleteopss, nanti datang lain kali dah tak baru dah
DeleteAkak datang singgah nak jawab soalan Yana.
ReplyDeleteYes, boleh biar begitu sahaja hingga gam tu kering. Yang penting kena kepit kertas tu kuat2. Alternatively, boleh buat cover macam buku memo. Maknanya cover depan dipanjangkan supaya sampai cover belakang. Gamkan.
hehhehe, oppsss. ok noted terima kasih akak :)
Deletedeep sangat.. kita memang pandai cakap, nak buat tu susah..
ReplyDeletesanagt macam cakap kat diri sendiri
DeleteDeep... tersentak juga...
ReplyDeletekan :(
Deletedeep sangat posting ni dik
ReplyDeleteyana pon tersentak kak ..
DeleteHari ni baru berpeluang baca entri ni betul-betul. Terima kasih kerana mengingatkan :)
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah dan baca, yana pon berkongsi kan untuk diri sendiri
DeleteTKK kena tegur ke tu..Astagfirullah..tak apa biarkan orang begitu..memang berbagai sikap manusia di sekeliling kita..tak apa. Nabi lagi hebat kan di cerca hina..baling najis lagi macam2 ujian ke atasa Nabi junjungan
ReplyDeleteTak lah cikgu, cuma saya berkongsi cerita dari telegram ,
Deletemoga ada ibrah yang dapat kita kongsi bersama
huurm.. itula.. kita kena belajar lupakan apa yang orang buat kat kita..
ReplyDeletesebab kita sendiri banyak khilaf.. tak apa awak.. yang baik kita ambil buat teladan.. yg buruk tu mudah2an ada kebaikannya juga..
InsyaAllah sama sama ambil ibrah yana lagi banyak khilaf sebenarnya
Delete