What's next?

By The KehalusanKelembutan - 17:59:00

Salam alaik,

Hari tu masa awal puasa dah update apa yang dibuatnya oleh orang yang superduper busy ni hingga membiarkan blog ni tenggelam, eh. hahaha ayat drama! sebut pasal ayat over drama ni, teringat pulak kat kawan kawan lahai. Masa diaorang dapat tahu yang saya ni ada blog acah penulis kunun. Bila keluar je ayat hiperbola terus kena kata lah. Oleh sebab dah abis practikal so kena la pelan pelan terima untuk lepaskan title student tu. Sebelum habis practikal lagi orang dah tanya lepas ni nak buat apa. lepas ni nak buat apa. saya pun  macam nak buat apa, tak tahu nak jawab apa dah.
  1.  Sambung Masters
  2.  Kerja
  3.  Nikah * paling jauh rasanya haks.

Ada yang tanya kak yana lepas ni nak sambung study lagi ke? Nak sambung lagi ke? Nak belaja ke nak kerja lepas. dengan yakinnya kita menjawab nak KERJA. kenapa? sebab saya dah ada perancangan especially nak bantu mak ayah, bahagiakan mereka la sebelum kahwin. nanti kahwin kan terikat dengan suami. eh. Kita kan perempuan uolls.

Akak kat tempat practikal siap bagi advise lagi, dah  boleh la cari calon. Sengih macam kerang busuk. InsyaAllah. Dia cakap cari lah hak sayang kita, bukan hak kita sayang lebih lebih. Ok, taknak fikir lagi la. :)

Saya pernah cakap kat kawan saya,
saya tak rasa macam nak fikir pasal nikah lagi sekarang, tak de pun perasaan tu buat masa ni. 

Tentang sambung belajar, kalau Allah izinkan , kalau hati dah tergerak nak study .InsyaAllah . I will but that time use my own money laa. ok, dah kesayangan semua, lepas ni jangan tak dah nak buat apa, nanti kalau nak kawin saya mintak alamat post sorang satu kad .ok ^^

Yang penting sekarang, jom hargai ramdhan yang ada  ni,
 Yana.



  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Sama-sama kita manfaatkan Ramadhan yg ada :) inshaAllah. Semoga Allah permudahkan utk urusan yana seterusnya.

    ReplyDelete
  2. Rezeki tu akn ada. Rezeki bljar atau kerja. Mcm akk dlu pikir kje. Sbb xnk susahkn mak abh. Lgpun bila kita bekerja, sbnrnya kita masih bljar juga. Cuma nya kita bljr dlm bidang yng kita tgh buat. :)

    ReplyDelete
  3. ye kak, setuju ngan akak.. learning process tu sampai bebila kan . InsyaAllah mohon doanya kak

    ReplyDelete