it's about a few months ago :)

By The KehalusanKelembutan - 22:36:00

Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah ramdhan datang lagi. dan saya kembali menulis lagi. kan dah kata akan menulis lagi . cuma kadang kadang banyak benda kita kena fikir before nak tulis apa apa kan. Yes. dah lama fikir nak menulis ke tak nak tulis ke tak and now I am here again, Alhamdulillah.


sebelum saya tinggal kan blog ni sampai berhabuk hari tu saya dah private kan semua post except yang sebelum ni.  dan ada je yang tanya kenapa delete , kenapa tinggal satu je. sebab saya macam  rasa taknak dah ada blog. tapi  kengkawan still cakap jangan delete. dan saya juga fikir kenapa nak delete nya. nanti nak tulis buat baru lagi. kalau delete ni taknak dah buat baru. padam muka yana tak leh merepek kat sini lagi.

Biasanya, bila start je semester baru saya akan deactivatekan saya punya FB, kalau buka pun kejap je, untuk semester practikel on sokmo, sebab any information kat FB :D. Sekarang dah tiba masanya FB saya tu berehat kejap.

ok, lets start!

Januari 2015; I am done with my final year final exam. Alhamdulillah. and start fikir pasal thesis dan tempat practikel.

February 2015 ; Start searching juornal, tajuk bagai untuk thesis dan start buat proposal. dan akhirnya dapat hadiah kasih sayang dari Allah demam dua minggu. Demam dua minggu tu cukup menguji keimanan sampai nak solat pun payah, tapi still kena solat!! Alhamdulillah adik adik la banyak tolong papahkan pi ambil wuduk. Adik beradik berperang pun, sweetnya selalu ada. Alhamdulillah

Mac 2015; first of march, lapor diri kat MAIDAM untuk memulakan status sebagai pelajar praktikel. everything berjalan lancar, tapi kat sini lah saya belajar how to deal with public. Ok, honestly ada satu peristiwa kat sini buat saya menangis but I learn something and i enjoy it :)

April 2015  ; thesis  dan praktikel. okey sangat penat. tapi tabahkan hati. ini satu perjuangan kan. satu lagi cabaran nya bila tiap tiap bulan kena berulang alik pi arau. * dah kluaq dah lograt utaghanya. cabarannya pi kamis malam balik jumaat malam, ahad keje lagi kan.   

Mei 2015; kemuncak stress, sebab hujung bulan ni , adalah masa membentangkan report + thesis yang telah dimulakan sejak feb lalu. bulan ni dua kali pi arau sebab nak consult final draft and VIVA. selepas balik dari arau untuk consult final draft , Allah uji lagi, dengan demam selama dua minggu, dan ia boleh la diakatakan agak teruk dari ynag awal tahun lalu.sampai pergi klinik dr cakap kalu tak surut juga kena pi ambil darah bagai. memang gigih makan ubat dengan rukunnya. sebab tak nak pi ambik darah. kali ni memang lah agak teruk sebab tubuh dan fikiran bekerja. Alhamdulillah Allah terus bagi kekuatan untuk pi kerja.  Jadi betulah Firman Allah dalam surah Al Baqarah kan ;)

Viva ; beberapa hari lepas demam saya surut, dapat suprise yang viva group saya terpaksa diawalkan. kita yang baru baik demam terus rasa nak demam balik. Allahuakbar ;( dengan preparation yang tak tahulah nak cakap.memang gigih lah. sehari sebelum viva saya dah sampai ke arau. kemas kemas, lepas zohor start kemas update report, slide untuk viva esoknya. last-last rasa macam nak give up sebab dah letih tahap maksima!Alhamdulillah kawan kawan banyak tolong support. Tuhan je tahu. 

* Airmata sebelum viva,
saya punya takut stress macam effect la saya. maghrib yang esoknya viva tu, lepas solat saya duduk kejap kat sejadah tu.  renung, tenung. terdetik

 " aku takut sangat pasal esok, sampai terbawak bawak dalam solat, padahal solat tu aku duk minta pada DIA , DIA yang akan tolong aku esok! Allah Allah" memang nangis la, lepas tu tenang yang Allah bagi nikmat sangat. *Jangan jadi macam saya !

Esoknya, nurliyana zulkifli  ni dengan slamber nya meneruskan presentationnya dalam bahasa melayu. Alhamdulillah everything ok dan sangat lega! dan airmata tak terkeluar pulak.

Hasta La Vista ; unik nya degree HRM ni ada program yang perlu disempurnakan sebelum saya dan rakan rakan boleh graduate.  Program ni kat Kedah, tapi saya pi arau dulu untuk submit final report dan semualah yang berkaitan dengan permarkahan practikel. Then baru bertolak  pi kedah. Penat? Tak yah cerita lah.
Satu je yang best tentang hasta ni adalah kami budak budak perempuan kelas E ni duk satu dorm. Kau rasa macam mana perasaan tu. Dorm tu sebenarnya 26 orang je. tapi kami lebih saya rasa. Hakhakhak. nak offer bilik lain tak mau. Kami buddyz takkan terpisah . sangat best. macam macam peel sorang macam tu sorang macam ni. tapi kata orang itu lah memori kan.


Jun 2015; seminggu terakhir sebelum berakhirnya practikel. saya rasa excited sebab dah nak habis, tapi rasa sedih sebab dah nak keluar dari dunia "kerja" tu. dengan kesengalan Geng dominos. siap ada geng la  tu baru 3 bulan lebih duk kat situ. dengan supervisor yang baik, staff yang baik jugak, no wonder la kau rasa berat hatikan. 18 Jun, 1 Ramadhan,  last day as practikel student. Alhamdulillah Allah permudahkan satu persatu urusan hambanya yang sorang ni.


* Banyak benda yang saya dapat selama beberapa bulan yang saya lalui ini. Alhamdulillah. Cukuplah Allah sebagai sebaik baik penolong.

* Simptom rindu mungkin sedang menyerang sebab tu adanya post ni. Sebenarnya liku dan jalannya tak tercerita sebenarnya. gambaran kasar tentang apa yang saya lalui beberapa bulan yang lalui.



Satu je, ingat Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan kita, kalau tak tidaklah saya mampu menulis disini .
Alhamdulillah. and again.

Salam ramadhan kesayangan,
             Yana 







  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Seronok baca catatan Yana yang ni. There's more and more to come. Selamat menempuh dunia hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiks, catatan dibuat sebab sebelum tu tinggal blog lama sangat siap private gitu, entry pun banyak didraft kan hehe. Terima kasih kak

      Delete