Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL19)

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 22:29:00

Bismillahirahmanirahim,





Hai, bersua kembali . Mood tengah membara ni haha, cuti saya dah taklama dah. Jadi kita manfaatkan lah waktu sebelum kesibukan kembali menghantui dan blog terbiar lagi.

Okey, untuk pengetahuan korang PBAKL 2019 akan bermula esok. Event PBAKL akan bermula 29 Mac hingga 7 April 2019. Saya antara orang yang teruja setiap kali ketibaan PBAKL ni, walaupun saya tak dapat pergi. Siapa macam saya?   Ada sebab  saya tak dapat pergi, jauh tu  salah satu sebab tapi ada sebab yang lain. Tak pelah moga nanti satu masa Allah izinkan jua. Aamiin.

Korang yang dekat dan ada kelapangan tu pergi lah. Untuk pencinta buku macam saya ni, tak pergi bukan alasan lah untuk tak merasai kemeriahan PBAKL ni. Saya selalu ikuti update update terkini di sana. Terima kasih untuk update update tu. Korang dah dapat rasa kemeriahan melalui flyers yang berterbangan di media sosial sekarang ni. Sumpah rambang mata. 

Saya macam biasa dah buget awal awal tapi rasa macam kena tambah lagi je. Waaaa. Ni tak pergi ni kalau pergi sana tak tahulah apa jadi . Pada sesiapa yang tak berpeluang nak pergi macam saya korang boleh kirim PS tau , ramai je yang jadi PS. Rakan blogger kita ada. Saya selalu kirim dekat dia ni kali ketiga . Alhamdulillah puas hati. Oh ya nama dia KIMCHAA , korang boleh singgah blog dia untuk detail . Okey. Last but not least, selamat berpesta buku, moga ada manfaatnya.




List yang confirm nak beli tapi macam ada lagi je yang nak. Kena tambah bajet lah  jawabnya.

  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. Syoknyaaa, saya dah lama tak beli buku baru. Mungkin sebab tu jugak mood membaca makin berkurang. Huhu

    ReplyDelete
  2. untuk pencnta buku sesuai ni. untuk akak krik krik jadinya pegi =P

    ReplyDelete
  3. Tahun ini pun tak ada rezeki nak pergi tambah dengan tak ada rezeki nak kirim or shopping online.. Rezeki mampu tengok je.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/
    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
    Terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  5. Wahh.bestnye. Hai sy follower baru. Jmput follow back my blog. Thanks

    ReplyDelete
  6. Inspiring book! Don't forget to do your routine dental treatment for a beautiful smile!

    ReplyDelete
  7. kimchaa? kenal kenal..pernah baca blog dia

    ReplyDelete
  8. Dah 3 kali kot tak singgah ke Pesta Buku

    ReplyDelete
  9. setelah setahun baru baca entry akak yg ni. Thank you sebab selalu jadi penyebab dan alasan utk sy pegi pesta buku. hahaha

    ReplyDelete