Manisnya Nikmat Itu.

By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 22:02:00

Bismillahirahmnirahim,



Entry pertama tahun ni, alhamdulillah masih bawa semangat disember. Sebenarnya tak ada idea nak cakap apa tapi tadi kat tempat kerja datang rasa nak share apa yang saya lalui beberapa ketika lalu.

Ia berkaitan dengan Tahajud atau pun qiamullail. Ya nak bangun tengah malam susah sangat bagi yang tak biasa. Apatah lagi jika cuaca ibarat menyokong untuk kita terus tidur , hahaha.
Okey ini cerita saya. Ini apa yang saya lalui. Pengalaman saya saja.

Saya pernah terbaca kat facebook, bila kita bangun tahajud ni kita akan rasa lain sangat. Tak banyak sikit pun akan rasa jugak. Masa tu saya macam eh tak perasan pulak. Sebab saya pun jenis yang kejap bangun kejap lagho. Saya pun masih cuba istiqamah. The struggle is real tau dak.

Nak dijadikan cerita benda ni jadi selang sehari je, baru lagi. Hari mula mula saya sedar sebelum subuh, lepas mandi semuanya, solat sunat. Dan saya rasa sehari tu smooth je semua benda, walaupun ada saja ujian pada hari tu which is memang kita akan mengeluh atau rasa macam kenapa kenapa .Tapi alhamdulillah rasa tenang lalui semua tu.

Keesokan hari nya saya terlambat bangun, masa tu tengah azan subuh, saya bangun mandi, dari pagi rasa moody entah apa lah. Benda kecil pun rasa besar. Masa tu saya sedar, mungkin inilah perbezaan itu. Alhamdulillah rasa temui nikmat tu.

Biasanya kalau saya bangun time subuh tu mesti rasa sedih menyesal tapi nak buat lagi dah terbabas. Dan sentiasa berazam nak minta Allah kejutkan lagi dan lagi. Fight lah dengan rasa malas dan rasa seronok tidur tu. Saya pesan kat diri saya biar ada rasa sedih bila tak terpilih untuk bangun tahajud. Seterusnya jangan putus asa doa supaya Allah pilih kita untuk merintih pada di sepertiga malam. Nikmat sangat.

Satu jangan pernah rasa bangun malam atau tahajud ni satu beban dan jangan takut tahajud jadi sebab kau mengantuk kat sekolah ke kat kelas ke. Tak okey, mindset korang je tu. InsyaAllah Allah tolong .^^



Itu jelah nak share, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Depends on individual. Doakan saya istiqamah. The struggle is real.

Sampai jumpa, doakan :)

  • Share:

You Might Also Like

22 comments

  1. Asalam..sebelum tidur ada doa nak bangun awal pagi tunaikan soalt Subuh..insha Allah sebaik azan ja terbangun..cepat bangun apatah lagi dah sekolah. Sungguh hebat susunan kata bak tazkirah ..terima kasih share yang baik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, insyaAllah . selalu doa lepas tepuk tepuk sikit bantal tu , insyaAllah. saya share pengalaman saja

      Delete
  2. Semoga terus istiqamah untuk buat hal yang baik di sisi Allah. In Shaa Allah :)

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum.. salam kenal..
    terima ksih berkongsi pengalaman ini...
    semoga akan terus istiqamah ..

    ReplyDelete
  4. Akk follow sini sbb ya, akk duk kuala teganung kat losong kepok leko, tapi dah menetap kat selangor, sesekali je balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak, yana dah follow akak, sebelum ni pernah je masuk blog akak. tapi baru follow

      Delete
  5. Masya allah..sis JM suka perlongsian ni..bab nak bgn awal sblm subuh n solat sunat tu ya allah..berst sgguh! Dah alarm ni jam 5 boleh tutup bg. Jam 6 adehhh! Mgkin sbb tdo lewat..nk boleh bgn awal pastu tahajud ni kena set dlm minda sblm tdo ckp nk bgn awal..tepuk2 bantal sblm tdo minta allah kejutkan waktu tu..pastu kuatkan dlm hati supaya boleh buat tahajud tu..siapa yg tahu nikmat d sebalik tahajud mesti ramai berlumba2 bgn awal kan....nk start tu berat tp bila dh mula 2,3 hari in shaa allah lepas tu rasa x best plak kalau x bgn tahajud rasa mcm x lengkap kan! Eh panjang pulak komen sis JM ahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, alhamdulillah yana share apa yang yana rasa, yana pun culas, nak istiqamah tu tuhan je tahu, ada je hari hari yang terlepas, sedih tuhan jela tahu, tapi salah sendiri tu snooze alam hahaha.

      Delete
  6. inshaAllah semoga kita terus istiqomah dalam menyempurnakan amalan ibadat kita. aamiin

    ReplyDelete
  7. insya allah kalau kita ada niat nk bertahajud sblm tidur, otomatik mata kita akan terjaga sblm pukul 5... itu cara sy laa walaupun x istiqamah bertahajud ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul , samalah , kita pun tak istiqamah tapi sentiasa cuba

      Delete
  8. sudah lama abe kie x solat sunat tahajjud..kena buat balik ni. In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  9. terima kasih diatas peringatan ini...

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas pengkonsian ni yana

    ReplyDelete
  11. peringatan yang menyentuh jiwa.. Semoga sha, awak dan rakan-rakan lain istiqamah dalam melaksanakannya.. Aamiin..

    ReplyDelete
  12. saya follow sini..

    https://eyma0913.blogspot.com/2019/02/jom-beli-pekasam-daging-hakak-maneh.html

    ReplyDelete
  13. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.. ;)

    ReplyDelete