Kuliah Jumaat : Seindah Mawar Berduri
By THE KEHALUSAN KELEMBUTAN - 21:07:00
Bismillahirahmnirahim
Seindah mawar berduri- aku.. masih ,mencuba
dan terus mencuba.
Allah bagi banyak ujian sebab nak tengok sejauh
mana kekuatan kita. Kata akak tu, perempuan ni makhluk yang beremosi. Saya yang
mendengar mengangguk . Allahu.benarlah tu. Ujian emosi. Perempuan tetap lah
manusia biasa yang ada hati, lagi sensetif sebenarnya even dia cuba menjaga. “suka”
itu fitrah. Tapi bagaimana kita raikan fitrah tu dengan cara islam. Pertama jaga pandangan, fikiran dan anggota
kerana dari seorang wanita itu akan lahir generasi-generasi islam.Bila
melibatkan masalah hati ni iakan mengubah seglaanya. Hati . Hati-hati dengan
hati. Ambil masa muhasabah diri , lihat balik mana kelebihan dan kekurangan
kita. Senut nak jaga hati nak jaga tu nak jaga ni, tapi tak mudah kan sebab ada
makhluk tu. Tapi bila hati mula nekad InsyaAllah, bila hati ada Allah
InsyaAllah, moga Istiqamah!
Kata akak tu,
Muslimah ini kena
tegas! Letak Allah mula –mula sekali.
Tips:
Doa dari sekarang , moga dikurniakan pendamping
dan zuriat yang soleh dan solehah.
Matlamat sesuatu perhubungan adalah ikatan
pernikahan.
Bila ada yang datang merisik, puasa 3 kali
berturut , untuk menyucikan hati
Solat istikharah , Mohon Allah tunjukkan
pilihan yang tepat.
Mohon pada Allah supaya beri cara berfikir
dengan betul.
Lebih tenang “no day dreaming”
Jaga hubungan Allah dan Manusia.
Jangan sombong dengan kelebihan kita. Hati dan
amalan yang mengatasi luaran sebenarnya. Allah lebih tahu siapa baik, siapa
tak, kita boleh jamin ke seratus perataus yang Allah terima amalan kita? Tak
payah nak judge orang, adalah lebih baik andai kita bimbing secara berhikmahkan, nak masuk syurga takkan nak
masuk sorang-sorang kan. Muhasabah lagi
, tengok kekuarangan pulak, okey improve kekurangan tu Senyum sikit. : )
Seindah mawar berduri, dunia ini tak lebih
dari sebuah ujian. Ujian demi ujian. Jatuh dan bangun, Lemas atau selamat.
Bawalah Allah bersamamu , selamat menempuhi
hari-hari mendatang dengan hati yang lebih jitu.
Moga Allah redha.
0 comments