Thursday, 28 March 2013

Untuk Awak dan Awak Semua




Buat awak yang masih menangis disana,
Saya juga tahu bagaimana rasanya terluka,kecewa,disakiti dan apatah lagi merasa dizalimi.Seluruh hati ini terasa begitu pedih dan sakit sehingga jasad turut lemah tidak berdaya! Semahunya menangis sepuasnya dan ingin sekali mengkhabarkan ke seluruh dunia betapa hati telah remuk dan berhenti berharap.Kala itu jiwa bercampur dengan rasa sedih,marah dan seringkali dendam itu datang memujuk.Saat itu,orang diluar sana samaada teman karib mahupun saudara terdekatmu sama sekali tidak akan memahami dirimu.Bercakap itu selembut-lembut lidah,tapi hati yang merasai jauh lebih mengerti.Hatimu terasa sungguh sunyi.Dunia bagaikan kosong.Kenapa mesti aku yang rasa semua ini?Persoalan itu kerap muncul menerpa fikiranmu.
Ya,buat awak yang masih mahu membaca ..
Dunia ini tidak pernah menjanjikan bahagia buat penghuninya,Hidup kita jauh berbeza walaupun dibawah langit yang sama.Awak dengan hidup awak.Saya dengan hidup saya.
Mungkin awak rasa hidup awak paling malang.
Tapi saya juga nak awak tahu,
Suatu hari nanti awak akan rasa betapa bertuahnya diri awak.



Awak akan sedar betapa beruntungnya awak diuji sebegitu.
Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu,
Pandanglah dunia dengan sederhana,
Berdoalah sesungguhnya dan menangislah kala sujudmu.
Pasti jiwamu ringan dari segala beban.
Pasti tiap tangisan mendamaikan,
Kerana Allah adalah jawapan dan sandaran terbaik buatmu malah pada seluruh hamba-hambaNya!
dan tadbir dan takdir Allah tidak pernah tersilap!
Jadi buat awak yang telah dipilih Allah,
La tahzan,innallaha ma’ana. =)

via Penulis Buta.

Sunday, 17 March 2013

Muslimah itu adalah Saya


Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.



[Hakikatnya ini lah saya, penuh dengan kekurangan , namun digagahi hati dan diri untuk terus berusaha ♥] 
[YanaZulkifli,2013]

Saturday, 2 March 2013

Saat Ujian datang Bertimpa-Timpa

Bismillahirahmanirahim,



Saat ujian datang bertimpa-timpa, maksudnya lepas satu , datang pula yang lain, tak pernah putus, hingga satu saat hati terdetik, bagaimana lagi "aku "bisa tersenyum, bisa melangkah, terasa seluruh dunia seakan kelam .


Maka saat itu sedar lah sahabat, kamu beruntung, Allah rindu. Bertuah tahu dalam berjuta manusia didunia ni awak yang terpilih. Tapi hati berkata lagi, kenapa asyik "aku". Mungkin inilah caranya Allah nak bawak kita balik pada DIA. Saat kita diuji, sedih tak bermaya, lemah , rebah. Sesungguhnya ramai yang mencari Allah ketika dia sedih tetapi tak ramai yang mencari Allah saat dia senang. memang kita tidak disuruh mencari kesedihan tapi hakikatnya kesedihan berjaya bawak kita kembali pada Allah. betul tak? check yourself!


Bagi insan yang redha atas ketentuan Allah padaNya, dia akan mencari dan ketemu keindahan hikmahnya. Ingatlah Allah takkan uji hamba-hambanya melebihi tahap kesabarannya. Kita selalu cakap,"aku" tak sanggup Ya Allah, Kenapa Allah uji "aku". Namun pada akhirnya kita dapat melalui ujian tersebut, bukankah itu terbukti yang Allah tidak menguji hambaNya melebihi batas kesabaran kita.



Tak mungkin ada yang mampu bertahan saat ujian datang bertimpa-timpa, pasti air mata jatuh , pasti terasa langkah begitu longlai. Allahurabbi, saat itu tiada yang terindah melainkan kita menyedari bahawa Allah sedang melihat kita, berbicaralag denganNya, Allah mendengar setiap pengaduaanmu. Nikmatnya, tenangnya saat air mata jadi saksi perbicaraanmu denganNya. Subhanallah saat itu terasa hanya ada kamu dan DIA. *should feel it!


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ‘kami telah beriman’ dan mereka tidak diuji?”- Al-Ankabut:1

Kadang-kadang saya "minta" Allah uji saya, sebabsaya taknak jauh langsung dariNya, sebab saya tahu saya lemah, saya lalai, bila Allah uji terasa Allah sayang , peduli, kerana tak semua yang DIA pilih .



saya ingat lagi, lagu ni diberikan oleh seorang akak kat FB, terima kasih kak aida, saat tu saya sedar, saya antara berjuta manusia yang bertuah. Terima kasih YaAllah :)

Friday, 1 March 2013

Blog Kedua

Bismillahirahmanirahim.

ini bukanlah blog pertama, tapi saya terpaksa buat balik sebab ada beberapa masalah di blog yang pertama, Nama masih sama, cuma url yang berbeza, niat dihati masih ingin berkongsi dengan yang lain, kerana itu masih ada semangat lalui jadilah blog kedua ni. Demi menggapai redha Allah Aamiin .InsyaAllah

*tak marah pun tapi gambar ni sgt comel