Monday, 15 August 2016

Dia yang selalu Positif..

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim.



Kenapa dia selalu positif,
Sebab dia tak suka tengok kau jatuh.
Sebab dia tahu jatuh itu satu tangga kebangkitan.

Kenapa dia selalu positif,
Sebab dia tak nak kau susah hati,
Sebab dia tahu kau selalu perlu kan semangat dia

dan yang penting,

kenapa dia selalu positif,
Sebab dia nak kau tahu Tuhan itu maha Baik,
Sebab dia nak kau sedar perancangan Tuhan itu tidak sia-sia.


Ya, saya tahu, tidak mudah untuk menjadi seorang yang selalu positif. Mungkin pernah terjumpa dengan seorang manusia yang asyik positif je yang keluar dari mulut dia. Pernah? Percayalah untuk dia gain semua tu dia dah lalui macam macam hingga dia percaya takdir tuhan itu indah. Perjalanan yang Tuhan atur itu tidak pernah sia-sia.

Dia positif tak bermakna dia kuat selalu, cuma mungkin dengan kehadiran kamu -kamu semua membuatkan dia sehabisnya berjuang untuk selalu positif . Hidup ni indah dan disebalik indahnya itu ada ujian dan dugaan, tetaplah tabah. Dan sungguh dia itu tahu tidak semudah yang dikata untuk tabah, sabar dan untuk terus positif dengan Tuhan. Tapi saya nak tanya Kalau tidak pada Tuhan pada siapa lagi hendak engkau sandarkan kepercayaan itu ?





Tuesday, 2 August 2016

Masih Syawal

Bismillahirahmanirahim,
 Assalamualaikum



Ermmm, lama tak menaip rasa kekok, maaf last entry bulan puasa, dan sekarang dah nak habis syawal. Jadi, dikesempatan ni, saya nak ucapakan Selamat hari raya , moga Allah terima segala amalan kita Aamiin, Masih syawal kan.

Macam biasa lah kalau masih syawal masih boleh ceritakan pasal raya. Alhamdulillah tahun ni raya family saya serba sederhana.  Saya cuti sama macam budak sekolah . Tapi nak dijadikan cerita ujian demam pulak beberapa hari sebelum raya. Projek kuih raya dengan adik adik still jalan, tapi buat sikit saja, sebab diri pun dah kuat mana. Tahun ni best , sebab saya rasa macam budak budak je pergi beraya, moment paling best , mak cik makcik tak tanya bila nak kahwin, sebenarnya tentang soalan tu tak lah kisah sangat sebab yelah mereka mungkin bercakap dalam nada bergurau kan, kita je lebih lebih take serious kan.

Satu lagi, saya tak balik kampung sebab masa tak izinkan, tapi kami dah balik sebelum puasa hari tu. Memang adat keluarga saya kami akan raya di Terengganu belah ayah dulu, buat open haouse raya kedua, raya ketiga baru balik kampung belah mak, sebab saudara belah mak tak ramai mak pun asal Terengganu jugak sebenarnya. Overall, saya suka dan bersyukur the moment, family semua berkumpul, the moment tengok jam depan rumah hahahaha. The moment of minta maaf . Perasaan yang sangat sangat bahagia. 

Rasa happy kadang kita tak mampu nak gambarkan, kita kena ada dalam situasi tu dah lalaui moment tu dan insyaAllah rasa tu akan terus hinggap dalam hati kita.

Last but not least,
Terima kasih  atas ingatan time raya hari tu, Terima kasih kiriman kad raya. Maaf tak sempat nak reply, sebab mood raya kurang hingga 1 syawal betul betul menjelma. Hehe.


stock-vector-eid-mubarak-doodle-background-idul-fitri-doodle-background-idul-fitri-festival-background-422838373.jpg (450×368)


p/s: ada banyak saya nak share, Cuma masa, masa , masa saja tak berapa nak ada, saya tak suka taip tergesa-gesa, saya suka tenang tenang je taip , doakan eh, InsyaAllah moga Allah lapangkan masa saya untuk berkongsi.