Thursday, 31 March 2016

Terima Kasih.

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim.


Tengok tajuk, maknanya ini entri penghargaan. Alhamdulillah , murah rezeki saya , murah lagu rezeki sipemberi. InsyaAllah Aamiin. Hadiah-hadiah dari rakan blogger ni saya dapat lepas cuti sekolah hari tu.


Yang pertama dari Blogger +Mia Liana, Hadiah diberi sebagai penghargaan kerana menjadi salah seorang dari sepuluh pengomen tegar blognya tahun lepas. Saya pun tak sangka, sebab sedia maklum yang saya kembali aktif berblog selepas habis study iaitu akhir tahun lepas. Saya pulak dah follow kak mia ni dari mula mula buat blog ini dan blog dulu. BLOG MIA LIANA






Hadiah yang sesuai untuk saya yang lebih suka guna mouse daripada touchpad. Terima kasih kak mia, terima kasih , semoga kak mia terus bersemangat untuk menulis blog . dan jaga kesihatan tau :)





Yang kedua dari Blogger yang manis. +Jari Manis .Sis Jari Manis. Yang kenal sisJM ni dari blog Kak Farrah. Tahun lepas , hujung tahun lepas jugak rasanya. Apa yang menarik diblog SisJM , satu satunya blog yang saya follow update tak sampai 10 entri sebulan tapi komen dientri cecah ratus , aktif pulak tu . hahahha.





Sis JM terima kasih, sebab kasi yana hadiah ni hargai sangat. Saya suka saya suka. Mak yana suka si Rania tu heheheh. Terima kasih sebab kiriman ni bukan gembirakan yana je. Tapi gembirakan keluarga yana.


*****


Alhamdulillah, bila fikir fikir balikkan, saya bersyukur sangat. Nikmat tuhan mana lagi yang saya nak dustakan . Allah sayang saya, Allah selalu kasi sesuatu yang saya tak sangka sangka. walaupun saya tak dapat apa yang saya nak sangat . Tapi cukuplah syukurlah yang ada ni sebab mana tahu kalau Allah bagi lebih saya lalai.




Percayalah, bila Allah sayang padamu, selalu ada kejutan buatmu.Bilamana kamu cukup redha dengan apa yang Allah takdirkan padamu, pasti hadiahnya cukup indah.

Wednesday, 30 March 2016

Sejenis Hobi : Head With Serban

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim.


Tengok tajuk itu bermakna saya ada satu lagi buku yang baru habis dibaca. Alhamdulillah , sebenarnya masa hari nak beli ni buku ni tak rancang pun nak beli buku ni , sebab saya ada satu buku lain yang nak dibeli tapi tak tahu la Allah takdirkan saya beli buku ni.


Head With Serban -Najmi Nawawi
Buku ni, sebelum beli buku ni saya ada baca beberapa review pasal buku ni, semua kata buku ini best. Tengok cover page belakang pun dah tahu buku ni best. Buku ini santai saja . Buku ini pasal hidup seharian kita, perkara yang berlaku seharian kita, sekeliling kita. Tanggungjawab kita dimuka bumi ini. Ia bukan lah semudah yang kita sangka. 


Bila saya baca "Behind the scene" saya tertarik dengan aura yang penulis kasi, menulis ini bukan satu kerja yang mudah. Contohnya kita bloggerkan.Nak menaip entri diblog pun kadang tak ada mood. Saudara najmi berkongsi bagaimana beliau mampu menyiapkan "Head With Serban" ni. Ipad beliau yang terkandung isi "Head With Serban" itu dicuri. Semangat beliau untuk terus menulis, menjadikan saya yang mengadap laptop berejam tanpa menulis pun sebaris ayat menaip semula. Saudara Najmi berpegang pada prinsip dibawah ;



"Jika ingin menjadi penulis, pertama kena membaca, kedua kena membaca, ketiga membaca, keempat membaca, dan  kelima baru menulis."- A. Samad Said


Beberapa quote dan illustrasi yang menarik, oh ya, kertas yang digunakan dalam buku ni macam buku ESC pernah baca ESC? , bau kertas nya membuat kan saya suka buku ni. Eh, maaf penyakit orang yang terlebih chenta buku memang macam ni.



















Nak baca review pasal buku buku lain ? SINI

Sunday, 27 March 2016

Imbas Kembali

Assalamualaikum,
Bismillahirahmnirahim

Tumblr




Kalau di ikutkan dulu, masa mula mula buka blog dengan tujuan yang tak jelas. Sebagai manusia yang mula mengenal dunia yang luas, saya punya satu sisi yang tak mampu saya jelaskan. Saban tahun berlalu, cuba lebih matang dalam menulis.


Jika dulu.
aku mencoret tanpa panjangnya fikir,
segalanya ingin ditulis,
perasaan, jiwa, hati
marah , suka , benci 
semuanya dicoret dibadan blog


Sekarang, 
Blog yang dulu dah terkubur,
Biarlah ia menjadi sejarah 
yang hanya sesetengah manusia yang tahu.


Sesetengah manusia menulis untuk mengekpresikan sesuatu. Sampai bila diri sendiri tidak tahu. Cuma kalau dilihat pada waktu waktu yang kian pantas berlalu, cuba imbas kembali penulisan yang lalu, moga ketemu bezanya. Moga ada menulis dengan jiwa agar tersentuh jiwa yang lain. Moga moga.

You know my name , Not my story 

Tuesday, 22 March 2016

Sejenis Hobi : Buku Menunggumu Di Pintu Syurga


Assalamualaikum,
 Bismilillahirahmanirahim

Lama rasanya tak update pasal buku kan, sebab buku nak baca kena ada semangat dan mood untuk menghabiskan satu satu buku tu. Saya baru saja habis baca buku ni, saya tak beli pun buku ni walaupun setiap kali pergi kedai buku nampak buku ni. Saya nak tahu kisahnya tapi rasa nak beli tak kuat sangat. Buku ini dipinjamkan oleh sahabat saya.  Macam yang saya cakap, mula mula baca dengan mood yang entah apa apa. Pastu saya baca balik buku ni. Fuh kurang lebih satu hari nak habiskan buku ni. 

Buku ini tentang kehilangan sama seperti Buku Maryam Anak Syurga




Menunggumu Di Pintu Syurga- Linda Rafar


Buku ini, buka mata kita , Allah menguji siapa saja. dan hidayah tu Allah boleh kasi melalui siapa saja. Seperti yang kita semua maklum, Linda Rafar kehilangan anakandanya kerana menghidap kanser. Didalamnya termuat kisah kisah memen bersama orang orang disekelilingnya yang hanya diketahui oleh linda setelah memen meninggal .

Memen, seorang anak syurga yang banyak buka hati dan mata  saya. Dia punya jiwa besar.  Melalui buku ini kita dapat lihat dan rasa betapa kita ini lemah sangat. Pada hakikat yang kita rasa kita mampu , akhirnya kita bertanya juga kenapa dan mengapa Allah letakkan kita ditempat kita sekarang. Tapi Cinta Allah selalu membuat kan kita sedar kembali yang tiada yang terindah selain perancangan Allah.

Kita merancang dan Allah melaksanakan rancangan kita dengan caraNya.



Buku ini saya syorkan bukan sebab penulis nya seorang artis, ketika saya membaca buku ini saya cuma membayangkan yang menulis ini hanyalah seorang ibu yang berjuang sehabisnya buat anakandanya. 

Al-Fatihah

Sunday, 20 March 2016

Twenty of March

Assalamualaikum, 
Bismillahirahmanirahim.










Always be your little girl :)




"Sanah helwah ayoh"

Wednesday, 16 March 2016

#TerimaKasih 3


Assalamualaikum, 
Bismillahirahmanihim.

Entri kali ni, entri penghargaan. Terima kasih buat sahabat blogger. Yana tak mapu nak balas apa apa lagi tapi insyaAllah. Ketiga kiriman ni saya terima akhir bulan Febuari. Dah lama dah cuma tak terupdate je.


dari TOWER
 Bila saya terima kiriman ni , saya terus senyum bila nampak tulisan kat sampul tu , kenal sangat bulat bulat cenggitu . Hadiah ni sempena, Jom Cuba Nasib- Tetamu Hebat 2015. Alhamdulillah. Hadiah kak farrah ni bukan saja gembirakan yana, adik adik yana pun duk tanya betul ke dia buat sendiri. Yana siap tunjuk blog kak Farrah pada mereka semua.



Buat kak Farrah , terima kasih banyak banyak untuk hadiah dan "pengaruh" yang kak farrah kasih :) 
Doa yana moga akak berjaya selalu , dan Allah kasih akak dan cekebon serta keluarga akak.


Jelapang Padi
Yang kedua ni dari Utagha. KimChaa, akak tersengih baca kiriman awak, terima kasih tetap gigih walaupun sebulan dua dah birthday akak.  Apapun kain tu cantik, mak akak pun berkenan. Dia siap tanya nak beli kat mana. dan nak tahu tak , setiap kali pergi jalan dan setiap kali dia nampak kain macam ni kat kedai diaselalu  cakap, eh macam kain yang kawan bagi tu kan? 


Kimchaa, terima kasih , akak doakan semoga segala urusan Allah permudahkan, dan semoag Allah kasih balik semangat nak menulis blog ok :)




Hadiah ni, yana terima sebab jadi salah seorang pemenang Giveaway di blog Mawar. Giveaway yana  join kat blog satu lagi. Alhamdulillah sedap! Akak suka , adik adik akak apatah lagi kah chocolate kan .

Doa akak buat ekin, moga murah rezeki  dan Allah maju kan lagi business choco awak, insyaAllah boleh maju lagi.! 



Pada yang nak kenal diaorang semua ni,boleh la singgah Tower Kak Farrah, Kimchaa dengan Mawar.


Yana kat kampung sekarang , nanti balik yana lawat balik blog yang lain. Terima kasih yang mana singgah :)

Saturday, 12 March 2016

G I V E A W A Y by Ros Nordin

Assalamulaikum ,
 Bismillahirahmnirahim




1.Follow Blog  RosNordin ( Yang ini WAJIB ) dan Follow Instagram ( Yang ini Kalau SUDI )

2. Buat entry tajuk "GIVEAWAY by RosNordin" Copy banner diaats dan backlink ke entry ni

3.Dah siap sila letak link korang di ruang komen entry ini dan tulis sekali hadiah pilihan.

Jom support Kak Ros , mana tahu ada rezeki ^^


Wednesday, 9 March 2016

ESC's Qoute

Assalamulaikum ,
 Bismillahirahmnirahim


 


  







Some quote yang saya suka dalam buku ESC 

Tuesday, 8 March 2016

Gerhana Matahari 9 Mac.

Assalamulaikum ,
 Bismillahirahmnirahim







Kejadian gerhana matahari ini adalah salah satu kebesaran Allah Taala


Sumber Telegram DakwahPsychology


PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI

HUKUM SOLAT GERHANA

Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )

CARA-CARA SOLAT

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA

Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama : 

Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : 
Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).

Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga : 

Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiamyang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktunya

Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA

1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الصـلة جامـعة " 
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan

اصلى سنة خسوف القمر ركـعتين مـأمومـا لله
تعـالى 
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah 
Ta’ala”.

(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari

اصلى سنة كسوف الشمس ركـعتين
مـأمومـا لله تعـالى 

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.

5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).

INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر), manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).

Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
Perintis & Peneraju Falak
Syari di Malaysia

Yang benar,
(Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer)
YANG DIPERTUA
Persatuan Falak Syar’i Malaysia



 Sama -sama kita ambil kesempatan ni esok , InsyaAllah.

Hidup.my : Mencari Rumah sewa dan Housemates menjadi lebih mudah




Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim
Allahuma Soli Ala Muhammad.






pernah dengar Hidup.my? Saya pun baru tahu wujub laman web ni. Sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan pencarian rumah sewa. ia adalah salah sebuah laman yang menfokuskan tidak hanya pada pencarian rumah sewa itu sendiri, malah dilaman ini juga disediakan perkhidmatan bagi mencari housemates.  Laman ini jugak  dapat membantu anda mengiklankan rumah sewa anda.  Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan laman itu sendiri, sebab ia tidak melibatkan iklam ditelevisyen. Tambahan pula, Laman ini baru sahaja beroperasi pada oktober tahun lepas.



Kenapa laman ini ?
Bagi saya sendiri  pernah mempunyai pengalaman mencari rumah sewa ketika hendak sambung belajar di Arau. Masa itu saya cuma mencari rumah rumah sewa di laman Facebook dan mudah.my. Tapi seperti yang kita tahun laman laman berikut tidak sepenuhnya memfokuskan pada rumah sewa.


Laman  ini membantu  golongan pertengahan dan kebawah ataupun middle income dan low income group  khususnya pelajar dan eksekutif muda yang baru memulakan pekerjaan dikota raya. Laman ini meletak price range maksimun RM 2000.Oh ya, laman ni mobile friendly , seperti yang kita tahu genarasi sekarang lebih masanya bersama phone dan tidak memerlukan kita untuk memuat turun sebarang aplikasi.


Cari rumah.

Cari Housemates



untuk maklumat lanjut boleh lah ke laman hidup.my dan semoga membantu anda diluar sana .

Thursday, 3 March 2016

Ada Apa dengan 3 Mac?

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim,
AllahumaSoliAlaMuhammad




Seperti yang kita sedia tahu hari ni 3 Mac 2016, keputusan SPM dah keluar. Trending jugak dekat twitter, macam macam kisah. Saya duk perhati saja. Yang ambil result macam macam gaya dekat twitter. Yang pangkat "abang" & "Kakak" masing masing ucap selamat dan beri motivasi. Dan hari ni, tamat lah sesi berdebar, tak lalu makan tak lena tidur ye.

Satu saja, Apapun keputusan yang diperolehi , moga moga  keputusan yang diperoleh baik cemerlang atau pun tidak , moga -moga kedua-duanya bawa kita terus dekat dengan Allah.


Tapi ada lagi yang penting yang selalu kita lupa, saya sendiri lupa. Mari saya bawa anda semua kepada sejarah pada tahun 1924. 




3 Mac: Memperingati Kejatuhan Khilafah Uthmaniyah





[ 3 Mac 1924: Sejarah pahit Umat Islam ]
Teringat kembali sejarah luka umat Islam melalui keruntuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924 dek perancangan jahat puak Yahudi pada ketika itu.Selepas itu munculnya seorang pemimpin yang zalim lagi fasiq iaitu Mustafa kamal Atartuk yang memerintah kerajaan Turki bersandarkan ajaran sekular yang melampau.
Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998):
1. Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.
2. Golongan pemerintah (atasan) dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya, adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.
3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan televisyen serta isi kandung majalah, 95% adalah maksiat. Memang ada yang baiknya tetapi cuma sekadar 5% sahaja.
4. Terdapat binaan tugu-tugu dan patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut dibesar-besarkan.
5. Muzik-muzik haram, tari-menari, bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.
6. Waktu-waktu sembahyang, masjid kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan duniawi.
7. Peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.
8. Banyak projek yang sia-sia atau membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.
9. Polis dan tentera yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa tidak aman.
10. Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.
11. Di satu bandar bernama Balikesir, Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran dan Sunnah.
12. Dalam satu ceramahnya Mustafa Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara maju jika orangnya tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara barat dan mematuhi arahan negara Turki moden.
13. Mustafa Kamal tidak membenarkan kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut undang-undang sivil dari Sweden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.
Maka ,bangkitlah wahai para pejuang untuk melihat kembali kegemilangan Islam berlaku dengan melaksanakan tugas-tugas menegakkan perkara-perkara kebenaran dan meruntuhkan nilai-nilai kebathilan.

Muhammad Syafiq bin Ramli
Pengerusi Majlis Tarbiyyah dan Kepimpinan Nasional GAMIS 15/16
"Terus Melangkah Bersama"




Moga tarikh ini terpahat agar terasa betapa perjuangan islam tu banyak cabarannya, dan kita terus kuat  dan tak mudah lemah dalam apa jua perjuangan kita.

Pesan hamba buat hamba,
TKK~

Wednesday, 2 March 2016

#SalahSiapa?


                                                     Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirahim,
Allahuma Soli Ala Muhammad.






Saya bertanya pada diri,
"aku nak salah kan siapa , Tuhan, dia, atau diri aku?"

Soalan ini jika ditanya pada diri mungkin akan bawa kita kembali ingat segalanya punya Tuhan , dan Tuhan berkendak tidak seperti kita mahu dan apa yang pasti Allah tahu yang terbaik.

#TipsRedha