Friday, 29 January 2016

Sejenis Hobi : Buku Maryam Anak Syurga

Bismillahirahmanirahim ,
Allahuma Soli' Ala Muhammad.



 Hari ni nak share pasal buku ni, maaf la saya ni kalau buku itu berkaitan dengan ujian saya akan grab beli, sebab saya nak tengok ujian saya dan ujian orang lain. Berbeza dan sesungguhnya akan buat kita bersyukur. 

Kenapa buku ni? Sebab penulis nya muda lebih kurang usia saya, dan Allah bagi ujian yang boleh dikatakan besar dan saya nak tahu kenapa dan bagaimana dia boleh sebegitu tenang menghadapi ujian Allah yang satu itu,


Ruqayyah , ibu muda yang melahirkan anak kembar , ketika masa suaminya berada dimesir menyambung pelajaran, Namun Allah menguji Ruqayyah melahirkan awal dari dua date sebenar. Dia redha melahirkan tanpa insan bernama suami disisi. Kelahiran pra matang, diuji pula dengan kematian salah seorang puteri kembarnya , Maryam. Bagaimana ketika itu dengan keadaan berpantang , ketiadaan suami disisi , dia menguruskan semuanya.

Kenapa dia tersenyum, 
Bagaimana?

Kenapa suaminya tidak pulang?
InsyaAllah ada jawapan dalam buku ni.


dan saya boleh cakap , bacalah buku even kamu bukan seorang isteri mahupun seorang ibu, Ibrah itu tetap ada , insyaAllah :)

Friday, 22 January 2016

Asma Allah :)


Bismillahirahmanirahim,
 Allahuma Soli Ala Muhammad

Alhamdulillah bersyukur atas nikmat. Dah habis baca Al Kahfi? Jom baca ni moga bermanfaat, semua dari Allah :)



TELEGRAM



Bulan lepas, ya disember saya lah. Alhamdulillah Allah pilih saya untuk hadir program Penghayatan Asmaul Husna by Prof Madya Dr Wan Maseri. Anjuran muslimat kampung saya, dan program ni free. Kalau kat luar saya tak tahu kena bayar berapa. Sejujurnya saya rasa malas sangat nak pergi sebab sehari sebelum program saya ada something yang quite important jugak, so macam dah penat sesangat , dan program ni dari pagi. 




Memang syaitonirojim duk seru kat telinga ni. tapi kerana komitmen saya pergi. Saya ni kalau tak de kawan sebaya macam liat sikit sebab pemalu yang terover konong. Tapi Alhamdulillah Allah Ya Baari' , ya! Allah pilih saya yang pemalas ni.


Ok, program sangat okey, Asmaul Husna, jujur selama ni  saya dengar je, tak hayati satu satu pon , sedih kan. dah la masa program ni mengantuk macam stayup study . Tapi alhamdulillah Allah bagi pinjam kekuatan hati dan mata untuk masukkan hati dan jiwa saya dalam program tu.


Lepas Zohor , alhamdulillah macam ada semangat baru nak dengar apa yang Dr tu cakap. dan program tu habis kat situ. Balik rumah saya share la jugak ngan family input yang saya dapat tu. Pastu selang beberapa hari ada qiamulail, ok yang ni saya tak pergi. Actually mak nak pergi tapi dia tak terbangun. Saya ni bangun je, tapi lepas solat sendirian, saya dengar satu persatu bicara hati yang diketuai oleh Dr tu jelas satu persatu. Sambil pejam mata. 


Tapi esoknya , Allah hadirkan satu perasaan menyesal! Rugi tak pergi tapi perancangan Allah terbaik , Allah rasa kesal rugi buat saya lebih nak hayati nak faham nama nama Allah ni.



dan bila kamu faham nama nama Allah tu,  dan selitkan nama Allah dalam doa itu lebih ummmph doanya,  jujur menitis air mata.  dan anda kena cuba. itu je mampu saya tulis, rasalah sendiri.



ni contoh:

Ya Allah Ya Afwu, Ya Ghafar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil,
Ya Allah Ampuni dosaku, terima taubat ku sucikan jiwaku,

Ya Allah YaNur Ya Hadi Ya Haq,
Terangi jiwa ku , berikanlah aku petunjukmu ya Allah.


and so on la, 
cuba kaitan doa yang kita nak minta dengan nama Allah, cuba slow slow, saya masih mencuba. Alhamdulillah , kalau nak tahu lagi pasal program ni boleh la jenguk jenguk blog Sis Shiela. Dia lagi banyak update. 




Friday, 15 January 2016

Kejayaan dan Teman :)

Bismillahirahmanirahim 
Allahuma Soli Ala Muhammad


Alhamdulillah, jumaat penuh keberkataan tiba lagi, Al Kahfi dah? Jom baca ni pulak , moga bermanfaat. Pagi tadi yana ada dengar motivasi pagi dekat IKIM FM disampaikan oleh Ust Don . Pasal Kejayaan & Teman., saya tak tahu la sebelum sebelum ni ada dia punya sambungan ke tapi pagi tadi memang topik menarik :)



Katanya , kita sebagai manusia memerlukan kawan sahabat teman rakan , dalam hidup ni, especially untuk mencipta kejayaan. Kita nak buat sesuatu memang kita tak mampu buat sorang sorang. Itulah hakikat kita manusia lemah dan banyak kekurangan ni. 

Saya setuju sangat sebab bila kita nak putus asa, nak terjatuh kita akan mudah jatuh dan putus asa , sebab tak ada orang nak sokong kita , tak ada orang nak bagi semangat kat kita, tak ada orang nak lengkapi kurangnya kita.



 Kita kembali pada sirah para Nabi.

Nabi Musa , ketika Allah memerintakan baginda untuk menentang firaun , baginda memhon pada Allah untuk membawa teman, Lalu baginda membawa Nabi Harun bersama nya meski pun telah Allah telah berikan pelbagai mukjizat kepada baginda Nabi Musa. 

dan Nabi Allah Musa berjaya menentang Firaun dengan izin Allah.


Mari kita renung kisah kedua,

baginda Nabi Muhammad SAW, turut menahan hijrahnya Saidina Abu Bakar, kerana baginda telah memilih Saidina Abu Bakar untuk berhijrah dengan nya. Mengapa adakah sebab Nabi lemah ? Tidak kerana sememangnya manusia itu memerlukan teman.

Dalam situasi yang lain, ketika nabi hendak berdakwah kepada Jin, Baginda bertanya pada para sahabat siapakah diantara kalian ingin menemani ku , lalu seorang sahabat mengankat tangan untu menemani nabi, tapi ketika nabi berdakwah kepad jin , baginda menyuruh sabatnya itu duduk dalam satu bulatan supaya tidak disakiti jin tersebutnya.

Jadi,
carilah teman untuk sama sama cipta kejayaan dunia dan akhirat. Sangat termotivasi pagi tadi, InsayAllah.

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)



Saturday, 9 January 2016

#TerimaKasih 2

Bismillahirahmanirahim ,
Allahuma Soli' Ala Muhammad.



Malam ni nak buat short entry je.  Sebenarnya gambar gambar ni ada lah pemberian orang kepada saya . Sempena ulang tahun saya bulan disember  lepas, ye tahun lepas. 

Niat nya entry ni nak bagi tahu SSscdhasein ] yang kirimannya telah selamat sampai pada yana awal tahun ritu, maaf lama update sebab masa tu yana dapat ujian Allah sikit, kiranya hadiah ni antara pengubat jugak,. Terima kasih SS, kali pertama dapat hadiah ulang tahun dari blogger, dah la kenal baru sebulan lebih. Yana suka hadiah tu , still simpan dalam sampul lagi , hehehe. 
terima kasih moga Allah membalas segalanya. 




Dan dua buku kat bawah ni hadiah dari adik adik saya, depa ni tahu saya "hantu buku", so hadiah memang membuatkan saya super duper gembira! Seronok bila share hobi dengan adik beradik yang juga hantu buku. Sebenarnya tak expect akan dapat buku ni , sebab saya dah banyak kali sebut pasal buku ni  tapi depa macam tak minat je. Sekali depa join sekali baca. Next , giliran kak long pulak.

Buku Maryam Anak Syurga dah habis dibaca , Infiru masih belum dibaca. InsyaAllah Seru kerajinan dan mood membaca.







Dan yang ni  dari sahabat dunia akhirat, InsyaAllah, lama dia cik tukul, kenapa cik tukul? hanya kami saja tahu. Doa saya satu , moga dia juga kuat sebagaimana dia cuba kuatkan saya.  orang lain dah baca buku kedua matlutfi , hang baru nak baca buku ni.



Dan tak lupa, pada saya mendoakan , sebab saya tahu doa ada hadiah terindah yang pernah saya dapat, nak tahu mungkin ada doa doa kalian buat saya yang saya tidak tahu telah Allah makbulkan.
dan itulah anugerah terindah.

*****

Selesai satu part

Entry ni juga dikarang untuk sampaikan ucapan terima kasih untuk kak Sheila. Kiriman berharga dari kak shiela dah saya terima . Sangat bermakna. Tasbih merah yana kasi mak yana , sebab yana dah ada tasbih tu, sebab yana pun dah pernah pergi, so yana pon ada tasbih tu :)


Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin,
Lindungilah kami dari bisikan syaitan,
Allah Ya Jamii'
Himpunkanlah kamu disyurgaMu. Aamiin.





Thursday, 7 January 2016

Sejenis Hobi : Buku Bersyukur Saat Diuji

Bismillahirahmanirahim, 
Allahuma Soli' Ala Muhammad

Bersyukur Saat Diuji
Muhd Kamil Ibrahim

Malam ni rasa nak share buku yang baru je saya habis baca semalam, saya baca buku ni dari tahun lepas , tahun ni baru habis . hihihi. Masa kat kedai buku saya terpandang buku ni dan tak berbelah bagi pun masa nak ambik dan bayar buku ni sebab saya suka dengan tajuk yang kena dengan hidup saya dan saya suka penulis nya :) dan saya akui saya tak pernah menyesal beli buku ni. Macam hebat je buku ni kan. Yes to me! 


Sangat memotivasikan.

Buku ni berkisar tentang ujian. Buku ini bukan explain  ujian tu apa dan cara nak hadapi secara genaral, tapi penulis ni bawak kisah beliau sendiri, yang bawak kita ni fikir jika orang yang selalu menyampaikan tentang sabar ketika diuji dan sekarang beliau diuji dengan kata katanya, adakah mampu dihadapi dengan begitu positif sebagaimana saat beliau menyampaikan kata kata sabar saat orang lain diuji.






Alhamdulillah, buku ni bawa kita untuk lihat, bukti yang Allah mampu gantikan sakit pada bahagia, senyuman redha, tangisan sebab sedar Allah mula menegur. :)


Secara peribadinya, saya suka Prof kamil punya penulisan, juga isteri beliau Roza Roslan. Ex Student Uitm Dungun . Ouh ya, Saya dapat tahu Prof Kamil ni tak ambil sebarang bayaran kalau dia kasih ceramah ke tazkirah , respect cara beliau memberi  ;)


Ok, moga bermanfaat, nak sambung dating dengan buku lain jap.


Wednesday, 6 January 2016

Bukan Entry Pertama 2016

Bismillahirahmanirahim,
Allahuma Soli' Ala Muhammad.




Kalau sapa sapa yang dah singgah blog ni masa awal tahun baru rit mesti perasan ni bukan entry pertama tahun ni, kan. Mana entry tu? saya draftkan, kenapa? InsyaAllah nanti saya cerita.

ok, actually tahun lepas sungguh saya rasa macam tahun lepas bahagia sangat walaupun ada lah sikit sikit tangisan, cuma saya rasa tak secure bila bahagia sokmo, sebab takut lagha, takut jauh dari Allah. Jadi tahun ni 2016, Allah kasi ujian pertamaNya. 

dan saya selalu fikir macam mana nak positifkan diri, dan bersangka baik dengan Allah, dan apa yang nikmatnya bila sangka baik kita tu di balas dengan satu nikmat yang lain , mengantikan rasa pedih ujianNya. Alhamdulillah.


Banyak saya nak update sebenarnya , apa ujian tu apa nikmat tu, insyaAllah saya akan abadikan diblog ni, nanti moga menjadi inspirasi kelak. Walaupun tak seberapa :).

InsyaAllah, doakan .
Terima kasih bagi saya sudi datang saat saya tak update anything , gigih tinggalkan komen , ya saya baca, nanti saya reply . 


Allah Ya Baari'. Allah Ya Razzaq Allah Ya Qowiyy .