Wednesday, 23 September 2015

Zulhijjah : Korban

Bismillahirahmanirahim, 
salam 10 Zulhijjah.

Simboliknya aidiladha ni kita ada korban dan haji. Allah besar erti bagi yang menghayati. Haji dah sentuh dalam entry sebelum ni. Dan sekrang nak cakap pasal korban, saya ni bukan nya pandai sangat nak bercakap pasal benda benda ni. Tapi tak salah kan share kita punya view.

Korban, bagi yang mampu boleh lah buat korban pada 10 zulhijjah dan hari hari tasyrik . Tapi yang saya nak share ni pasal kita yang tak mampu nak buat korban. Okey sekrang try buka KORBAN tu dalam prespektif yang lebih luas.

Korban, hidup kita ni mesti ada pengorbanankan.Kadang kadang Allah uji kita dengan pelbagai pilihan yang mana Allah meletakkan kita ditengah, memilih tuk  melebihkan dunia atau pun akhirat.
Macam mana kita berjuang nak tinggalkan maksiat. Macam mana kia nak berkorban melepaskan manis dunia yang berlebihan tu.

Kadang-kadang kita gagal,
kadang-kadang kita tak mampu,
kadang- kadang kita mengalah,

Tapi satu,
Dia tetap menunggu kita,
datang kepadaNya,
Allahu.

Salam aidiladha.
"Nilai pengorbanan itu hanya Allah yang Tahu, teruskan berjuang"

Friday, 18 September 2015

Zulhijjah : Tetamu Allah

Bismillahirahmanirahim,

 Hari dah 4 Zulhijjah kan, lagi beberapa hari kita akan sambut Aidiladha. Sekejap je dah nak habis setahun hijrah. Allah. Berbalik pada tajuk, semalam pergi surau ustaz ada sentuh pasal haji, tadi kat tv pun ustazah cakap pasal haji.

Sebagai orang muslim kita MESTI  pasang niat nak pergi jugak Haji. Haji ni bukannya sunat tapi rukun. Saya pasti ramai yang nak sangat pergi nak sangat. Sebab tu ustaz pesan kita ni niat kena pasang  dan kumpul la duit sikit sikit. InsyaAllah panggil nanti dan yang pentingnya doa jugak, doa mintak sungguh sungguh. Segalanya Allah akan permudahkan nanti.Ustaz pesan juga semalam, bila kita tengok orang pergi biar hati kita ni terdetik aku nak pergi jugak. Ya aku nak pergi. Bila tu hanya Allah yang tahu.

Sekarang kan dekat tv ada banyak program haji macam Salam Baitullah, Laibakkallah. Bila tengok program macam tu, tambah pulak dengar cerita cerita yang dah pergi memang hati tu terniat, aku akan pergi satu hari nanti. Bila  tengok Tanyalah Ustazah tadi ada feel lain sangat,  Allah saja tahu perasaan tu.

Bila kita pergi haji, kita ibarat kembali pada Allah , kembali pada Allah, menyerah diri kepada nya . Contoh nya ibadah Ihram, yang mana kita ada pantang larang. Kita kena putuskan hubungan dunia apabila kita nak berhubung dengan Allah. Same goes to solat, khusyuk. Allah Allah.

Bila dengar mak dengan Ayah cerita pasal haji, rasa macam terpanggil nak buat dari usia yang muda juga. Mereka setiap kali ada program tv pasal haji memang suka saat tengok , ibaratnya nak kembali kesana. InsyaAllah.

Mari hayati kata kata Saidatina Hajar, ibunda Nabi Ismail a.s Ringkas dan padat yang mampu memotivasikan kita serta memberi semangat baru dalam jiwa jiwa kita.

"Allah tidak akan mensia-siakan kita "


InsyaAllah.Doa Doa Doa.
Ya, Allah pilihlah aku, panggilah aku. Allahurabbi .

#Jangan Lupa Puasa Hari Arafah, 9 Zulhijjah
    # Jangan Lupa Doa Banyak- Banyak pada Hari Arafah

Thursday, 17 September 2015

KehendakNya

saya lihat diri saya setahun lalu dalam dirinya sekarang, 
sungguh saya faham, Allah menguji,
adakah hati pasrah atau redha,
Hanya berserah atau yakin ada hikmah.

Ketahuilah,
hati manusia berubah,
kerana ia milik Allah,
maka jadikanlah perubahan itu,
menjadi titik mula untuk kamu menjadi manusia yang lebih baik.


Yang menghantar  semangat iu sebenarnya perlukan semangat,
yang menerima berkata
"kamu Tuhan hantar untuk bantu aku dan yang lain"
Allah,
sedangkan diri masih berjuang.

Sememangnya takdir,
Takdir kita saling menguatkan,
walaupun berjarak.


Ketika kamu merasa kehilanganku,
maka berdoalah, selama mana namaku berada dalam doamu
selama itu lah aku dekat denganmu.


Ingat,
perjuangan kita belum selesai,
selama mana kita berlum berjaya bertemuNya.

Doakan.

Tuesday, 15 September 2015

What make your day?

Bismillahirahmanirahim,

English sangat bahasa tu, saja je. Alhamdulillah school break begins! Eh, nampak sangat yang tua terlebih excited kan. Tadika tempat saya kerja tu dah start cuti mulai esok straight sampai lah lepas raya. Pantai timur kan, sepatutnya khamis tu still sekolah macam biasa, tapi tadika saya ambil sebagai cuti peristiwa, molek sangat la tuh, sebab sekarangkan jerebu. eh.

Ok, berbalik dengan tajuk english kita tu, sudah tentunya berkisar pasal kerjaya baru saya tu. Teacher Sangat! banyak jugak responnya kat entry tu. Sebenarnya secara mudahnya nak bercakap pasal macam mana cikgu cikgu ni nak kekal positif melayani kerenah anakanda anakanda tersayang kat school tu.

Dulu zaman belajar, tudung tak jadi  satu harilah mood pun tak sihat, kalau selisih faham dengan kawan satu harilah moody dan macam macam lagi lah. Orang cakap kalau mood pagi kita tu dah "HAPPY" insyaAllah sepanjang hari akan molek lah.

So, macam mana cikgu cikgu ni nak positif , happy dalam melayan kerenah anakanda anakanda yang bermacam kreatif dan inovatif sangat sekarang ni. Jawapannya,

Mencintai kerjaya kita,  niat kerjaya kena la betul, Bukannya meletakkan "NAK CARI DUIT" yang pertama. nak dapat redha Allah, nak mendidik anak anak syurga, nak mencorak kain putih ni kena lah hati hati.

Senyum, letak diri kita dalam pemikiran mereka, bukan ikut kepala mereka, kawal dengan berhemat. sabar memang sebab budak sekarang tak macam budak dulu yang nak dekat even bermanja dengan cikgu pun takut. hahaha. sekarang lahai , nampak la beza nya.

Cuba fikir apa yang mereka suka, insyaAllah kita boleh kawal mereka, Kita ni kenalah pesan kat diri, "aku dulu pun pernah jadi budak macam mereka mungkin lagi nakal, sekarang mereka sedang mencari, meneroka dunia" InsyaAllah.


Alhamdulillah positive, bukan bermakna tak pernah menYINGA, hehehe. Dah kalau tak dengaq sangat kelantangan suara cikgu mereka ni pun bergema la. 
Apapun saya suka kerjaya saya sekarang, suka sangat. walaupun penat berdepan dengan kerenah meraka yang bermacam ni. ;)

duabelas hari cuti, 
akan rindu,
Pasti ^^
# Marilah sama sama kita sedekahkan Al -Fatihah buat Jemaah Haji yang terkorban, dan terus mendoakan kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Aamiin.

Friday, 4 September 2015

Teacher sangat !

Bismillahirahmanirahim, 
september dah, rasa masa dah dua minggu tak update , makin lama tinggai makin malas nak buka blog. heheh. Alhamdulillah sang Ilahi masih memberi insan ini menaip menulis dan berkongsi. Alhamdulillah. Entry sebelum ni bercerita tentang "Langkah Seterusnya". Alhamdulillah dah dua minggu being a teacher. Teacher sangat lews. Ala cikgu  anak anak syurga. Cikgu la kan. 

Dulu zaman sekolah memang dah cita cita nak jadi cikgu tapi aliran yang saya ambil seolah menidakkan tapi Allah punya jalan cantik kan. Teringat juga kawan cakap yana nanti jadi cikgu student dengar tapak kaki dah diam semua, tengok betapa garang nya kita ni. Tapi sekarang, bila muncul depan kelas, cikguuuuu!!!!! Cikgu mari doh!! hahah.

Saya jadi guru pembantu kat tadika dekat rumah saya ni, jalan kaki je. Okey kelebihan kat situ bakaq lemak. hihihi. Kena handle budak EMPAT tahun . Hang ghasa macam mana? Agak mencabar jugak la sebab mereka baru nak kenal apa itu SEKOLAH. apa itu BELAJAR kan.

Minggu pertama, rasa macam ya Allah tahan ke dengan semua ni, Alhamdulillah smooth je. Actually ada sorang budak ni, kalau tak kena cara abih la cikgu, dan saya kena handle budak setiap kali dia sampai ke pintu masuk sekolah itu.

Alhamdulillah minggu kedua makin sebati jiwa, kadang tersenyum sendiri dengan mereka ni. Yang nakal memang nakal sampai TERkeluar singa cikgu. Kejap je. hiiihiii. Yang manja pun ado. Alhamdulillah, rasa macam dah boleh handle mereka semua ni.  Untuk minggu ketiga ahad ni, saya rasa macam tak sabaq nak juga mereka, simptom apakah ni? hahaha. 

Istimewa nya jadi cikgu ni, dapat nama nama baru, cg dayana, cg adriyana, cg diana ^^,
baru faham perasaan lecturer cikgu dulu bila student duk tulih nama salah.

Jika ada yang bertanya penat ke tak kerjaya ni,
Sangat tapi saya enjoy being their teacher. :)

"Ya Allah terima kasih untuk jalan indah ini, terima kasih kerana pertemukan aku dengan anak anak syurga ni. Ya Allah moga kau permudahkan selalu urusan hamba mu ini"


Umar Syahid, Umar Rayyan, Daud Faruqi, Aideid Hafiz, Salahuddin, Akram, Aqil Asyraf, Aqil Iqbal, Aryan Zulkarnain, Adha, Hadif Bazli.

Irdina Zahraa, Ainul Ab Razak, Ainul Arifin, Dayana, Seri Maharani, Alya Aqilah, Qaisara Raudah, Amani Batrisya, Syuhada, Aimy Adni, Balqis, Iffah Maisarah.

-Terima kasih sebab ajar cg awak ni makin sabaq!