Thursday, 20 August 2015

Langkah Seterusnya

Bismillahirahmanirahim,


Tinggal beberapa hari je lagi, saya akan mula melangkah ke dunia baru, dunia yang pernah saya jenguk sekejap dulu. Dunia "pekerjaaan" . Alhamdulillah unofficially graduated!
Alhamdulillah rezeki. InsyaAllah . Berharap dengan bermulanya satu lagi episod baru yang bakal tercoret dalam diari kehidupan saya, membawa saya lebih dekat dengan Allah.

Mungkin langkahan saya kecil kali ini, tak mengapa saya pilih langkahan kecil untuk bermula , untuk mencipta sesuatu yang besar satu hari nanti mungkin. Zaman 2015 ni kita tak boleh memilih sangat.

Siapa sangka cita cita masa zaman hingusan jadi nyata , walau ia mungkin sementara, jika dilihat pada jalan yang Allah tuliskan buat saya lalui, boleh dikata kan tidak mungkin saya akan mencapai cita cita zaman kanak kanak saya. Doakan yang terbaik.

Moga segalanya dalam redha ilahi .

Wednesday, 12 August 2015

Keputusan

Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirahim, esok dan lusa. ya LUSA. RESULT final exam. dua tiga hari ni adik adik yang baru nak masuk u duk check result upu, saya debar menanti result thesis dan practikal. Memang menankutkan. Yelah final year dah kan. nak grad plak.

awal ramadhan hari tu, tamat latihan praktikal, sejak masuk degree memang jarang update, dan sekarang aktif balik. saya mohon doa semua moga moga semuanya baik baik saja. 

dan doakan saya juga, nak melangkah ke satu lagi alam yang tidak kurang hebatnya cabaran. moga dipermudahkan Aamiin.

Monday, 10 August 2015

Mana Hikmah dalam Bicara

Assalamualaikum,

Bismillahirahmanirahim, terasa nak update jugak pasal ni, yelah bila dah terkena pada diri terasa nak share apa yang selama ni kita duk diam , duk kelih je dari jauh ni. Tak nak serius serius sangat cuma nak berkongsi.

Hikmah dalam bicara? mana hilangnya. Dunia yang tanpa sempadan ni lagi lah. manusia bebas je nak buat apa pun. Sempat juga dengar khutbah jumaat baru baru ni, pasal Dakwah di media sosial, apa yang menariknya disitu Khatib ada menyebut , adat tu penting .

Macam mana kamu boleh menghukum sesorang yang tidak pernah tahu salah dia, cuba bagi tahu elok elok , personal masej apa masalah pasal status, gambar ke,? tak boleh ke? Jangan lah sampai "bodoh"kan penulisan orang lain.

Mungkin Allah menguji, sabar itu indah, sudah dikata jika ada yang tersilap tegur dengan penuh hikmah . Kadang satu perkataan mampu robohkan impian manusia yang sedang berjuang tahu?

just sharing jangan marah.^^

Saturday, 8 August 2015

Nikah

Bismillah :)

Masih syawal kan. Tinggal beberapa hari lagi kan. Sebenarnya lama dah nak share pasal ni , tak jadi sebab mood dan masa jugak. Lepas practikal hari tu kan puasa, terus deactivate fb dan bila dah nak raya baru bukak balik.

Lepas beberapa hari kita dalam bulan syawal buka fb , seorang kawan sekolah menengah update status tunang. Alhamdulillah. Selang beberapa hari , seorang lagi kawan update majlis tunang. Actually kalau nak dikata kan ramai jugak la kawan yang dah tunang , nikah pun ada, yang ada baby pun ada. Rezeki mereka. hari ni bukan fb lagi kawan degree plak tunang. ramai yang ambil kesempatan syawal ni nak buat majlis ye. end of this month insyaAllah seorang lagi kawan sekolah  nikah. Bulan sebelas pun ada. InsyaAllah. Yana kirim doa eh moga dipermudah setiap langkah insyaAllah.


Perasaan saya, ntah lah, saya tahu tahap kesediaan saya. apa yang Allah plan insyaAllah sesuai ngan kita. Saya manusia biasa , saya pernah rasa sakit, sakit yang cari sendiri. Saya sedang cuba jaga apa yang patut yang saya jaga dari dulu, air mata ini menitis mohon moga Allah selalu kuatkan hati dan iman untuk istiqamah di jalanNya. ^^



Jemput baca salah satu article saya kat blog aku islam, ini pendapat saja, datang dari hati if ada yang tak selasa cakap insyaAllah saya boleh perbaiki kan . ^^




Friday, 7 August 2015

BFF/BFTJ

Embedded image permalink
source: twitter
Bismillah

Lepas hampir dua dekad hidup ni , cuma rasa tak ramai yang boleh digelar "BFF" atau kakak usrah ckp "BFTJ" . Cuma rasa macam dah jumpa siapa dia. Bukan mudah nak declare seseorang tu as kita punya best friend kan.

Bagaimana pulak sahabat sahabat lain nilai ciri BFF/BFTJ mereka it depends on masing masing .

Sunday, 2 August 2015

Quality time

Bismillah.

Hari ni 17 syawal, baru nak mengisahkan ceritera raya kah? sebenarnya niat dihati nak menulis diblog ni ada sejak hari kedua raya lagi namun , masa dengan family sangat berharga jika dibandingkan dengan letakkan diri di hadapan blog berminit minit kan.


Alhamdulillah, serba sederhana dapat sambut hari kemenangan, cukup nikmat ada dengan family, baju raya kaklong jahit, biskut raya saya dan adik adik buat, kemas rumah kami team adik beradik ramai buat. Alhamdulillah. itu dah cukup. sekarang dah rindu suasana tu, juga rindu kan ramadhan.


moga Allah pelihara amal kita, moga istiqamah .


second year as mak ude,
first day raya punya gambar kat fb, ig. :)