Friday, 17 July 2015

tujuhbelas

wahai mata yang pernah menangis,
wahai jiwa yang pernah luka,

aku tahu tangis ketika itu,
luka saat itu,
takkan pernah padam dari kotak fikirmu.


namun, mata &hati itu kini berterima kasih,
atas segala yang pernah terjadi.

pernah tidak dihargai,
pernah rasa macam mainan,
tapi

mata dan jiwa tu belajar menghargai,
belajar menghargai tuhanNya.

mata dan jiwa yang pernah meletakkan segunung harapan pada manusia,
namun mata dan jiwa itu sedar,
manusia jarang menghargai,

terima kasih sebab ajr rasa tidak dihargai itu.



Sanah helwah you!
stay in my dua~

Thursday, 16 July 2015

Feel Raya

Bismilah,

Hari ini katanya last puasa ye. itu maknanya ramadhan dah nak pergi , sangat sangat dah kan. Perasaan ? semestinyalah sedih . sebenarnya dan sejujurnya tahun ni punya ramdhan sangat cepat berlalu, rasa tak?

Sebenarnya, saya tak rasa macam dah nak raya, suasananya  maksud saya. tak rasa macam dah nak rasa tak bermakna tak nak sambut rasa. orang yang dah berjuang di medan temour ramadhan semestinya nak raikan kemenangan syawal kan.


Mak cakap, tahun ni sekejap sangat rasanya duk bulan ramdhan,
sepupu cakap, sayu je ramdan tahun ni ,cepat sangat


kalau diingatkan balik time kecik hari tu, feel hari raya, suasananya, lepas kita berpuasa ramdhan sangat boleh dirasai dan saya dah tak jumpa rasa tu  lagi sekarang. Apepun kita kena tetap terima hari ini last puasa. ramadhan akan pergi, tak tahu lah akan kembali kepada kita atau tidak tahun depan.


seorang mak cik dalam bas cakap,"suasana sekarang memang tak sama, tak rasa raya pun, yang jadi "perasa" hari raya tu cuma lah solat hari raya hak pagi tu je."


*mana hak dah whatapps raya tu , nanti eh balas.

Ramdhan ku mohon usah pergi :'(

Saturday, 11 July 2015

What's next?

Salam alaik,

Hari tu masa awal puasa dah update apa yang dibuatnya oleh orang yang superduper busy ni hingga membiarkan blog ni tenggelam, eh. hahaha ayat drama! sebut pasal ayat over drama ni, teringat pulak kat kawan kawan lahai. Masa diaorang dapat tahu yang saya ni ada blog acah penulis kunun. Bila keluar je ayat hiperbola terus kena kata lah. Oleh sebab dah abis practikal so kena la pelan pelan terima untuk lepaskan title student tu. Sebelum habis practikal lagi orang dah tanya lepas ni nak buat apa. lepas ni nak buat apa. saya pun  macam nak buat apa, tak tahu nak jawab apa dah.
  1.  Sambung Masters
  2.  Kerja
  3.  Nikah * paling jauh rasanya haks.

Ada yang tanya kak yana lepas ni nak sambung study lagi ke? Nak sambung lagi ke? Nak belaja ke nak kerja lepas. dengan yakinnya kita menjawab nak KERJA. kenapa? sebab saya dah ada perancangan especially nak bantu mak ayah, bahagiakan mereka la sebelum kahwin. nanti kahwin kan terikat dengan suami. eh. Kita kan perempuan uolls.

Akak kat tempat practikal siap bagi advise lagi, dah  boleh la cari calon. Sengih macam kerang busuk. InsyaAllah. Dia cakap cari lah hak sayang kita, bukan hak kita sayang lebih lebih. Ok, taknak fikir lagi la. :)

Saya pernah cakap kat kawan saya,
saya tak rasa macam nak fikir pasal nikah lagi sekarang, tak de pun perasaan tu buat masa ni. 

Tentang sambung belajar, kalau Allah izinkan , kalau hati dah tergerak nak study .InsyaAllah . I will but that time use my own money laa. ok, dah kesayangan semua, lepas ni jangan tak dah nak buat apa, nanti kalau nak kawin saya mintak alamat post sorang satu kad .ok ^^

Yang penting sekarang, jom hargai ramdhan yang ada  ni,
 Yana.



Tuesday, 7 July 2015

Karah- UiTM Dungun


Salam alaik,
Bila dapat whatapps pasal benda terkejut, even dah jadi alumni. Tapi banyak kenangan disitu. Nangis dalam hati, moga tabah warga  UiTM Dungun. Dugaan Ramdhan. Tembak doa. Allah nak bagi hikmah indah. Alumni pun terasa, apa lagi yang ada disitu. Stay Strong , May Allah  preserve.



Jom doa di 10 malam terakhir ramadhan ni.

Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu'anni

Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku.