Friday, 28 February 2014

Dari Cik Arau untuk Cik Kota baharu

Bismillahirahmanirahim,


Alhamdulillah , Allah bagi peluang untuk kita sambung perjuangan ini sahabat. Masa saya tulis ni, saya memang terdetik untuk hadiahkan awak kata-kata ni,

ia bukan emas pertama , cuma sandaran kata dari insan bernama sahabat.




Assalamualaikum , cik kota baharu,
saya tahu, cik Kb berat hati sangat, sedih, yelah nak tinggal family kan,  Cik Arau  pun lalui benda yang sama, mula-mula macam tak rasa papepun, semakin dekat semakin rasa sayu, normalkan benda tu,


Cik KB, sekarang awak ditimur saya di utara,
Tapi awak kena ingat ada jambatan yang sentiasa menghubungkan kita,
doa. awak doakn kita, kita doakan awak.


Cik Arau ni tak kuat pun,
Tapi  Cik Arau nak Cik KB kuat,

Moga kita saling menguatkan,
saya nak kuat kerana Allah untuk salurkan kekuatan yang sama untuk awak Cik KB,
so saya nak Cik KB kuat kerana Allah untuk salurkan kekuatan yang sama untuk  Cik Arau okey.
saya ingat lagi awak cakap ada Allah antara kita,
so Cik KB jangan takut okey.



Cik KB, saya tak janji KB itu macam dungun,
macam kampung Gong Tok Nasek,
Tapi apa yang pasti,
Allah takkan campak kita kat sesutu tempat,
melainkan DIA nak hadiahkan sesuatu.
sesuatu itu "Kekuatan" "ketabahan" "berdikari"


Senyum eh, saya lambai dari jauh.
Kat mana pun kita ingat Allah ada.
Bila ujian datang , didik hati untuk bersangka baik dengan DIA eh.





Cik KB aka Raja Noraimah, Cik Arau aka Nurliyana,
 doakan moga Allah limpahkan kekuatan dan keredhaanNya atas laluan yang DIA pilih untuk kita ^^


Tuesday, 4 February 2014

Spirit and support!

Bismillahirahmanirahim,



Tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ia pasti menghampir
Jantung hatipun tak berdaya

Hanya menangis tanpa suara


Pagi tadi duk baca blog-blog dalam list |TarbiahCilipadi| saya tu. banyak jugak dapat ilmu.

Macam-macam dibicarakan dalam tu. masuk blog fyy berbicara pasal ujian. benar, andai kita tahu erti ujian tu kita akan tersenyum, sayang tak ramai yang sedar hakikat keindahan ujian tu. saya juga tak nampak kemanisan tu dulu, tapi sekian lama ditarbiah ilahi, yang pahit pun jadi manis. 


Masuk blog Hanis, Allahu bicara kematian. Terasa dekatnya kematian, lantas saya senyum, mati itu jalan untuk bertemu Allah. kita lari, kita hindari ia akan tetap hadir. Ingat mati , hati akan terubat. hidup hati tu.


Blog Mato, ukhuwah. Sejauh mana pun orang itu berlalu pergi dari hidup kita, ia tak pernah jauh sebenarnya. selama mana kita terus menerus mendoakannya.




|terima kasih untuk ni, kadang ia hadir saat saya buntu tak tahu nak share dengan siapa, tetiba masej masuk. Terima kasih Ya Rabb|

 sebenarnya saya rasa semua tu, namun kembali memendam rasa macam dulu. biar apapun pandangan orang sangkaan, saya dah tak mampu nak explain nak backup diri saya. saya akan jaga selagi termampu.

Ini diri saya yang baru, setelah saya sedar saya boleh percaya kan dia untuk tolong awak. saya yakin dengan dia (:


Indah bila hati benar-benar redha. benar -benar ikhlas. Bila sapa ujian biar masih mengukir senyum walau dimata terlihat sayu, walau bibirnya pucat tak berdarah, namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya. Senyuman saya ini untuk mu sahabat. Qawiyy!


Jangan lupa surat cinta, beribu kali dibaca takkan ada jemu, kerana disitu bertemunya cinta hakiki. tenang (: